Thursday, June 3

Rombakan Kabinet - Apa yang Presiden Pas tahu ?

Saya tidak tahu, kata Presiden PAS.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata beliau tidak mengetahui tentang janji Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi mewujudkan jawatan Timbalan Perdana Menteri II untuk pemimpin DAP sekiranya pakatan pembangkang menang dalam pilihan raya umum akan datang.

Malah beliau berkata perkara itu tidak pernah dibincangkan dalam pakatan itu. "Saya tak tahu, kita belum bincang. Itu pandangan peribadi dia," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan majlis pecah tanah projek pembinaan Kompleks Pas yang bernilai RM30 juta di Paya Indah dekat Dengkil Ahad.

Majlis itu disempurnakan oleh Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang juga Menteri Besar Kelantan. Bernama melaporkan Abdul Hadi diminta mengulas janji terbaru Anwar itu yang disiarkan dalam sebuah akhbar berbahasa Cina tempatan pada 26 Mei lalu.

Sementara itu, Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub berkata secara prinsipnya apa-apa keputusan akan dibuat melalui perbincangan dalam Majlis Tertinggi Pakatan Rakyat yang dianggotai oleh pemimpin PAS, DAP dan PKR.

Ditanya sama ada pakatan itu akan melantik Anwar sebagai Perdana Menteri sekiranya memenangi pilihan raya umum, Salahuddin berkata ia belum diputuskan dan segalanya bergantung kepada keputusan pilihan raya.

sumber Agenda Daily

Komen warisan : Terlalu laih lah Presiden Pas kalau semua dia tak tahu. Sampai soal perancangan jawatan penting TPM pun dia tak tahu. Persoalannya adalah samada tak tahu atau tak di ajak berbincang. Mungkin tak diajak berbincang kot. Sebab Pas sudah jadi parti dalam gengaman Anwar maka Anwar yakin Pas akan ikut segala apa yang dia cakap. Betul lah tu.

Pas sudah jadi parti tunggangan Anwar. Parti kuda Anwar. Apa Anwar cakap Pas akan ikut. Mursidul Utama PAS adalah Anwar, Nik Aziz cuma Mursidul Am, manakala Hadi Awang cuma Presiden. Mana lebih tinggi, tentunya Mursidul Utama ! Anwar kan bijak reka cipta jawatan. Contohnya jawatan Ketua Umum tidak disebut dalam perlembagaan PKR, tapi Anwar cipta jawatan itu untuk dirinya dan Presiden PKR sekadar jadi boneka Anwar.

Kita tak terperanjat Anwar akan terus permainkan Pas. Kini pun Anwar telah berjaya pecahkan kepimpinan Pas kepada golongan ulamak dan golongan Erdogan. Pendekatan pecah dan perintah masih terus menjadi amalan Anwar. Puak Erdogan terus menjadikan Anwar sebagai rujukan utama. Mereka telah dijanjikan pelbagai jawatan kanan dalam kabinet yang bakal dibentuk selepas PRU 13. Puak Erdogan sudah jadi budak-budak Anwar.

Politik licik Anwar telah berjaya dengan mudah melunturkan perjuangan Islam Pas. Soal usrah Pas, tarbiyyah Pas sudah menjadi kisah semalam. Anwar telah berjaya membawa angan-angan kuasa, sehingga pegangan lebai Pas tercabut kerana kuasa, wang ringgit, pangkat dan nafsu. Pas akan tenggelam bersama Anwar, walaupun Anwar seorang peliwat tegar, pelik tu kan ! Begitu lah kehebatan temberang Anwar.

Pas sudah kehilangan pemimpin wibawa dan berkualiti yang boleh mempertahan idealisme Islam. Pemergian Al marhum Ustaz Fadzil Noor sukar untuk dicari ganti.

No comments: