Anwar berani memancing Ku Li untuk dapat undi melayu atas pagar dan Kit Siang untuk dapat sokongan 90 peratus undi orang cina. Pas tak penting untuk Anwar beri kedudukan sebagai TPM kerana pemimpin Pas boleh digula-gulakan. Hadi Awang mudah di mainkan dan sudah irrelevant. Puak Erdogan telah dijanjikan kerusi kabinet dan pengaruh puak Erdogan jauh lebih ampuh dari pengaruh Presiden Pas sendiri.
Anwar akan lepas dalam perbicaraan tuduhan meliwat di Mahkamah. Pihak Pendakwa akan gagal membuktikan lebih dari keraguan munasabah. Dari cara Karpal Singh kendalikan perbicaraan kes ini, nampaknya dia lebih bermaharajalela dari YA Hakim sendiri. Anwar akan didapati tidak bersalah.
Selepas itu Anwar akan pusing satu malaya berkempen bagi bersediaan PRU 13. Warisan ingin nak tengok siapa kalangan menteri-menteri DS Najib berani titik Anwar. Politik sekarang adalah politik perjuangan. Kalau politik membodek, mengampu dan penakut lagi pengecut masih berada bersama UMNO akibatnya rakyat akan kata bye-bye UMNO.
Selagi tiada insan yang berani sekat Anwar selagi itulah dia akan jadi maharaja. Dari barisan kabinet yang ada sekarang kita boleh bariskan menteri yang kerjanya membodek isteri PM, menteri yang kerjanya bagi amaran, menteri yang kerjanya simpan SuPol yang perasuah, menteri yang kerjanya nak hapuskan subsidi yang tentunya menjadikan rakyat marah. Kenapa disimpan lagi menteri-menteri ini ? Sebab mereka kroni ? Rakyat sudah semakin meluat tau kat menteri-menteri ini. Baca tulisan Cucu Tok Selampit, klik disini.
Memberikan peluang kepada MCA dan MIC membuktikan mereka boleh bawa semula undi cina dan india itu tidak salah. Tapi pada masa yang sama sejak Mac 2008 hingga sekarang June 2010 sudah lebih 2 tahun, kemana perginya undi orang cina ? Pilihanraya kecil Kuala Terengganu, Permatang Pauh, Bukit Selambau, Bukit Gantang, Hulu Selangor dan yang terakhir Sibu - kita tahu bagaimana pattern pengundian orang cina. Mana dia kerja pemimpin Mca ?
Rombakan Kabinet semalam langsung tidak memberkan apa-apa ummhh kecuali perlantikan anak menggantikan bapa sebagai proxi yang pernah terlibat dengan isu moral. Baca tulisan Rockybru , klik disini dan Mummy Rokiah, klik disini. Yang lain itu biasa-biasa saja. Tiada sinar keberanian Presiden UMNO nampaknya melakukan transformasi dan reformasi barisan pentadbirannya walaupun pru 13 tinggal 2 1/2 tahun lagi. Masa semakin suntuk wahai DS Najib.
Mampukah kabinet yang ada ( klik disini ) menghadapi serangan-serangan Anwar? Warisan berani bagi jempol kebawah. Mengekalkan kabinet recycle pak lah, dengan pelbagai isu peribadi yang melanda, adalah tanda UMNO belum berubah. Malah Lawyer Garang berpendapat DS Najib telah masuk perangkap Anwar dalam rombakan kecil kabinet ini, klik disini.
Anwar tersenyum puas kerana tiada menteri yang berani ' head to head', tiada orang yang berani merobeknya di Parlimen nanti. Dia boleh cakap apa sahaja yang dia mahu. Dia mempunyai lesen super A di Dewan Rakyat dan di khalayak rakyat.
1 comment:
Kata-kata pembontot tak boleh dipercayai kerana dia akan cakap apa saja ikut sedap mulut dia.
Post a Comment