Tidak pasti, siapa yang menipu dan siapa yang kena tipu. 3 orang Napoleon Kecil selangor, Anwar - Khalid - Azmin (AKA) sedang bertaichi antara satu sama lain. Pentasnya adalah pentas politik selangor, sebuah negeri yang paling maju dan paling makmur dalam lapangan 14 buah negeri di negara ini. Dikatakan pentadbiran Khir Toyo ada meninggalkan sebanyak rm 1. 4 billion tunai semasa mereka turun takhta March 2008. Harta rampasan perang itu lah yang menjadi rebutan AKA. Tidak dapat dipastikan wang itu tinggal berapa ratus juta sekarang.
Kelmarin Anwar mengumumkan Khalid sebagai Pengerusi PR selangor. Satu jawatan yang gah, tapi kosong. Kalau kita check dengan Pendaftar pertubuhan (ROS), tidak ada nama parti atau persatuan di daftarkan atas nama Pakatan Rakyat atau PR. Oleh yang demikian menjadi Pengerusi kepada PR Selangor adalah satu jawatan yang ada tapi persatuan itu tidak ada atau parti itu tidak ada. Apa kuasa jawatan yang ada tapi pejabat tidak ada, meja tidak ada, ahli tidak ada ? Ia tidak lebih dari sekadar gula-gula Anwar kepada Khalid. Khalid ini budak-budakkah yang boleh dipergula-gulakan dengan lolipop oleh Anwar, sekurang-kurangnya begitu lah tanggapan Anwar sekarang.
Anwar menghadapi limbo apabila beberapa orang EXCO Selangor dari DAP dan PAS secara terang-terangan menyatakan pendirian mereka bahawa mereka tidak bersetuju jikalau Azmin menjadi MB Selangor. Mereka sudah selesa dengan Khalid. Mereka kata Khalid jaga kebajikan mereka. Mereka kata, apa mereka minta, semua Khalid beri. Mereka kata Khalid berkongsi kuasa dengan mereka. Jadi tiada isu kalau Khalid hendak diganti dengan Azmin.
Menjadi rahsia umum juga 3 orang EXCO Selangor dari PKR dikatakan tidak bersetuju untuk Azmin mengantikan Khalid. Azmin agak tidak disenangi oleh mereka kerana mereka sudah masak dengan sepak tendang terajang Azmin dalam politik PKR. Mereka bimbang azmin akan mengutamakan agenda melayu jikalau dia berkuasa. Mereka juga tahu perangai Azmin semasa berkuasa menjadi SUS Anwar di Pejabat TPM lebih sepuluh tahun yang lalu.
Sementara itu dikalangan budak-budak Azmin, mereka memberikan kata dua kepada Anwar untuk melucutkan jawatan Khalid sebagai MB sehingga selepas Hari Raya tahun ini. Mereka sedang merancang sesuatu yang akan memeranjatkan Anwar jikalau Anwar masih mengikut telunjuk Khalid. Mereka sudah muak dengan cara dasar politik Anwar yang pecah dan perintah. Mereka berani kata cara politik Anwar adalah cara lama, Anwar pun sekarang tidak ucap perkataan REFORMASI lagi, kenapa ? Sebab Anwar terlalu pentingkan dirinya hendak menjadi Perdana Menteri.
Anwar telah hilang fokus terhadap perjuangan parti. Anwar juga dikatakan tidak peka terhadap runggutan ADUN yang tidak berpuashati dengan kepimpinan Khalid yang terlalu banyak berjanji kepada rakyat. Nyatalah politik Selangor akan terus berombak yang semakin besar. Fokus MB sekarang yang telah bercelaru akan terus-terusan bercelaru apabila kedudukannya seperti telor di hujung tanduk. Tiada kompromi yang Azmin harapkan kecuali Khalid turun secara baik atau dia kan menghadapi tekanan politik apabila beberapa skandal pentadbirannya akan di bongkar satu persatu.
1 comment:
aha.. biaq pi PR ka PKR ka.. nak berebut sama2 depa.
kita orang dah nak tukaq depa dah PRU13 nanti.
depa pun dah tak dak duit dah, perabih duit BN tinggai saja..
-art-
Post a Comment