SUAMIKU BERUSAHA MENJADI ORANG BERTAQWA DI BULAN RAMADHAN
Salam isteri-isteri yg dimuliakan.
Apa yg amat mengembiirakan dan membahagiakan anda pada hari ini ialah apabila melihat suami anda bersungguh2 mencari redha Allah dan berusaha menjadi orang bertaqwa di akhir Ramadhan nanti.
Bulan yang penuh barakah ini adalah khas untuk suami-suami membaiki ibadah khususnya seperti solat, memantapkan bacaan Al Qurannya, menguatkan iman dengan membaiki kualiti puasanya dan meneguhkan aqidahnya dengan menuruti sungguh-sungguh amalan puasa yg diamalkan oleh Ar Rasul SAW.
Insya Allah.
Bergembiralah anda jika anda lihat suami anda:
1. Bangun sahur dengan mengambil wudhu sebelum menjamah makanannya. Malah lebih syahdu jika anda lihat dia ruku' dan sujud sebelum bersila di hadapan hidangan.
2. Mengejutkan anak2nya yg masih kecil dengan kasih sayang mengajak bersahur untuk belajar berpuasa siang harinya.
3. Tingkahlakunya yang lebih sabar yang tidak cepat "panas baran" apabila kesilapan yang dilakukan oleh anak2, anda dan juga dirinya sendiri di sepanjang siang harinya.
4. Bertanyakan kepada anda sebelum membeli juadah untuk berbuka dan membantu anda menyediakan dan menyiapkan hidangan untuk berbuka puasa.
5. Meminta kebenaran anda untuk berbuka di surau / masjid bersama-sama dgn kariah mencari pahala memberi makan kepada musafir yang berpuasa di masjidnya.
- bersambung -
No comments:
Post a Comment