Sunday, August 29

Dap Perlekeh & Cabar Mais



KUALA LUMPUR, 28 Ogos — Ahli Parlimen Serdang Teo Nie Ching akan memajukan penjelasan dan permohonan maaf kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah tetapi menjelaskan, beliau tidak menyampaikan ucapan politik di Surau Al-Huda, Kajang yang didakwa pihak tertentu.

"Saya menyambut baik pesanan, peringatan dan nasihat dari semua pihak mengenai perkara tersebut, dan akan dengan segala upaya, menjalankan tugas saya dengan lebih berhati-hati supaya tidak menimbulkan perasaan kurang senang dan perselisihan faham di kalangan umat Islam pada masa yang akan datang.

"Saya juga akan memajukan penjelasan dan permohonan maaf kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj mengenai perkara ini," kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan tengah hari ini.

Jelas Teo, beliau selaku Ahli Parlimen Serdang telah mengunjungi Surau Al-Huda untuk menghulurkan bantuan berbentuk sumbangan kerajaan untuk memperbaiki pagar surau dan berbuka puasa bersama ahli jawatankuasa dan jemaah surau.

"Oleh kerana saya telah dijemput untuk memberi sepatah dua kata, saya dengan secara ikhlas memberikan sedikit penjelasan mengenai program pendidikan kerajaan negeri yang memanfaatkan rakyat Selangor," kata wakil rakyat DAP penggal pertama ini.

Teo menambah, beliau menyesal perkara ini telah menimbulkan keresahan antara umat Islam dan telah diperhangatkan oleh pihak-pihak tertentu atas sebab-sebab politik.

"Saya ingin menegaskan secara ikhlas dan murni bahawa lawatan saya ke Surau Al-Huda tidak berniat politik, dan tidak bermotif untuk menyebabkan kesucian surau dan masjid dipersoalkan," katanya.

Terdahulu, Pengerusi DAP Selangor Ean Yong Hian Wah dalam kenyataannya pagi ini menggesa Majlis Agama Islam Selangor (Mais) membuat siasatan lebih terperinci sebelum mengambil tindakan ke atas mana-mana pihak berhubung isu ini.

Ini merupakan kenyataan kurang ajar Exco Selangor yang memperlekeh dan mencabar wibawa MAIS yang menjaga Hal Ehwal Islam di Selangor.

1 comment:

C L J said...

Nak menulis surat ke Istana kenalah belajar bahasa Istana. Kalau pun Pemimpin parti kamu dan sekutu sekutu parti kamu tak faham tanyalah pada budayawan yang selalu dok baca sajak untuk kepentingan puak kamu tu ...