Monday, August 30

Jais dicabar Tangkap Anak Nik Aziz

Malam ini Nik Abduh B Nik Aziz akan mengajar di masjid As Shariff, Meru, Klang. Nik Abduh tidak memiliki tauliah Jais.

Masjid As Shariff memang terkenal sebagai sarang politik Pas. Nazir masjid yang merupakan ketua ranting Pas sering menjemput orang luar yang tidak mempunyai tauliah mengajar. Alasannya mudah, program tazkirah dan kuliah. Wang masjid yang beratus ribu habis dikerjakan untuk bayar saguhati penceramah-penceramah Pas.

Wajarkah pegawai Mais dan Jais hanya pandai bercakap ? Tapi lembab buat kerja! Jarang sekali tindakan diambil kepada Nazir, Imam atau jawatankuasa masjid yang melanggar peraturan masjid yang dititahkan oleh DYMM Tuanku Sultan Selangor.

Penyelia Masjid diperingkat daerah pulak lebih bertablik kepada presiden Pas dari mengikut arahan pengerusi MAIS atau Pengarah Jais. Mereka ini sebenarnya makan gaji buta !

Warisan mencabar MAIS dan JAIS menghentikan tazkirah/forum Merdeka yang akan disampaikan Nik Abduh malam ini yang tidak mempunyai tauliah mengajar.

Jangan selepas terberak baru nak buat jamban !

No comments: