Monday, August 23

Kerjasama erat Penyamun Rakyat aka PR

Tidak mustahil untuk orang macam Guan Eng masuk Islam. Dalam politik matlamat menghalalkan cara Dap, segalanya berkemungkinan. Mendoakan dalam solat Jumaat pemimpin kafir yang telah menzalimi orang Islam merupakan manifestasi kejahilan orang Islam sendiri terutama pemimpin Pas yang menjadi rakan pentadbiran Regim Dap di Pulau Pinang.

Tidakkah zalim namanya apabila umat Islam dilarang membuat perarakan maulud Nabi, gerai perniagaan umat Islam dirobohkan dan lesen perniagaan ditarik balik.

Nizar adalah contoh terbaik kerjasama erat Pas + Dap. Walaupun dia muslim, semasa dia menjadi MB nyata dia sekadar menjadi boneka kepada Dap. Islam dan kepentingan Melayu digadaikan semahunya oleh Nizar kepada orang cina.

Kerjasama Dap dan Pas adalah kerjasama yang erat dan intim. Kerjasama yang real, bukan main-main. Nik Aziz memandu kerjasama ini. Hj Hadi sekadar pak angguk kepada semua kehendak nik aziz.

Beza kerjasama Umno, Mca, Mic, Gerakan dalam BN adalah Umno Islam menjadi tunggak kepada Mca, Mic dan Gerakan. Berbanding dengan Dap, Pas dan Pkr dimana Pas Islam menjadi boneka, budak suruhan dan kerbau kepada Tuan Dap dan Tuan Besar Pkr.

Bagi Pas, pertahan Islam adalah irrelevan. Yang maha penting adalah bagaimana hendak mendapatkan kuasa. Penyamun akan bersetuju antara satu dengan lain sewaktu merancang hendak menyamun. Tapi tentunya mereka akan berkelahi, bergaduh malah berbunuhan ketika hendak membahagi-bahagikan harta rampasan perang.

Kerjasama Pas dan Dap adalah kerja sama penyamun. Lihat sahaja di Selangor bagaimana mereka meyamun Selangor dan membahagi-bahagikan harta yang mereka samun. Setelah semua wang simpanan FD kerajaan negeri diboroskan dan kerja kelas F di PBT mereka songlap, kini mereka menyamun pulak pasir. Pasir sudah menjadi emas di selangor, sementara rakyat berputih mata melihat pemimpin kerajaan negeri makin hebat dengan kereta baru, rumah baru, pejabat baru malah isteri baru.

Syabas Penyamun Rakyat aka PR.

1 comment:

Jawa Bernam said...

apabila penyamun bertemu penyangak bangsa..

lawatilah- http://jawaber6.blogspot.com