Friday, August 20

Suruhanjaya Reid : Jus Soli vs Jus Epal 2

Selepas Perang Dunia Kedua, kerajaan British telah melanggar perjanjian yang mereka buat dahulu apabila mereka memaksa Raja-raja Melayu dengan menyerahkan kuasa negeri masing-masing kepada kerajaan Inggeris dan menjadikan negeri-negeri Melayu sebagai tanah jajahan melalui perlembagaan Malayan Union.

Penjajah British mahu membuka kerakyatan kepada pendatang asing berasaskan prinsip jus soli. Dengan itu Raja-raja dan bangsa Melayu telah kehilangan hak ditanah airnya sendiri.

Demi mempertahankan hak ketuanan Melayu dan amanah bangsa, orang Melayu bangun menentang Malayan Union sehingga melahirkan kongres Melayu pertama yang berlangsung dari 1 hingga 4 Mac 1946 di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur.

Orang Melayu diseluruh Negara melalui perwakilan pertubuhan mereka telah membantah Malayan Union. Mereka berikrar mahu menghapuskannya dengan apa cara sekali pun.

Bagi mengukuhkan gerakan mereka, satu jawatankuasa telah ditubuhkan untuk mengkaji percantuman semua pertubuhan Melayu yang hadir dalam kongres itu ke dalam satu pertubuhan tunggal yang akan dikenali kemudian sebagai Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu ( UMNO ).

Pertubuhan ini kemudiannya di rasmikan dalam Kongres Melayu Kedua di Istana Johor Bahru di bawah kepimpinan Dato' Onn Jaafar pada 11 Mei 1946. Keadaan ini memaksa kerajaan British berunding dengan Raja-raja Melayu mengenai Malayan Union.

Pada Februari 1948, kerajaan British bersetuju memansuhkan Malayan Union dan ditubuhkan kerajaan Persekutuan Tanah Melayu.

-Bersambung-

1 comment:

Fakeh said...

Cubalah google tajuk BANGSA MELAYU MENGIKUT ULAMA AHLU SUNNAH WAL JAMAAH, maka akan fahamlah kita tentang hakikat bangsa ini. Dan cubalah google pula tajuk-tajuk berikut agar kita kenal musuh dalam selimut yang mencari peluang dan ruang untuk mengkhianati bangsa ini, iaitu:-

(a) http://www.mediafire.com/?ne2dmyeinzo
(b) Jaringan Wahabbi Sdn Bhd
(c) Jom Kenali Dr Maza & Co
(d) Ahlul Bait Yang Dicerca
(e) Tok Ayah Zid Kedai Lalat
(f) Kuasa Tiang Kepada Cita-cita
(g) 40 Mutiara Hikmat Serambi Mekah

FAKEH KHALIFAH SAKA