Pkr Selangor kecoh dalam MATC. Kejutan demi kejutan berlaku dalam pemilihan kepimpinan. YB Datuk Kamarul Baharin kalah di Telok Kemang. YB Eli Lenjan kalah di PJu. YB Sivarasa kalah di Subang, dia cuma dapat 5 undi. YB Mike kalah di Kapar. Keempat-empat YB ini merupakan orang kanan Azmin Ali.
Bagi menutup kekalahan di Kapar dan Subang, Sivarasa dan Mike telah buat kecoh dan akhirnya mesyuarat cabang mereka di tangguhkan dan dibatalkan.
Gaduh di Klang, Kapar, Subang, Kota Raja, Kuala Langat, PJS dan Lembah Pantai. Ini semua sebenarnya membuka tembelang yang besar lagi nyata politik gangters Pkr. Ini adalah politik ganas.
Kekecohan Pkr Selangor adalah juga cerminan kegagalan Azmin selaku Ketua Pkr Selangor menangani pelbagai isu dalam parti itu diperingkat negeri. Ramai yang tak setuju bila Anwar menggantikan Khalid dengan Azmin sebagai ketua Pkr Selangor.
Khalid dilihat sebagai ikon puak India dan cina dalam Pkr. Sebagai MB Khalid banyak membuka peluang baru untuk mereka.
Manakala Azmin dilihat sebagai orang yang banyak kontroversi dan mempolitikkan segala-galanya untuk kepentingan diri sendiri.
Selama 3 tahun Pkr Selangor tenang bersama Khalid. Tetapi sekarang baru 4 bulan Azmin jadi ketuanya, pkr selangor jadi kecoh dan huru-hara.
No comments:
Post a Comment