Setelah didesak bertalu-lalu dari beberapa kem dalam PKR, hari ini Senator Dr Syed Hussin Ali dengan rasminya mengumumkan untuk tidak mempertahankan jawatan Timbalan Presiden PKR.
Dia berbuat demikian kerana arus desakan "hilang kepercayaan" terhadap beliau yang terlalu kuat dalam Pkr. Puak species Umno seperti Azmin dan Zaid terlalu kuat untuk menjadi pesaing kepada Syed Hussin dalam perebutan jawatan nombor 2 dalam parti itu.
Pengumuman ini tidak memeranjatkan langsung malah telah diduga oleh ahli parti. Syed Hussin dilihat sebagai timbalan presiden yang lembik dan tidak bermaya berkata tidak kepada Anwar. Malah ada dakwaan yang menyebut Syed Hussin telah "dirasuah" oleh Anwar untuk mentalkin PRM dengan bergabung dengan Parti Keadilan beberapa tahun yang lalu.
Obor perjuangan sosialis Syed Hussin kini di pikul oleh Sivarasah dan Tien Chua yang begitu totok dengan ajaran sosialis Karl Max. Ramai yang beranggapan sosialis adalah adik kepada komunis. Komunis tidak mengikraf agama.
Selain itu ajaran sosialis memperjuangkan kesamarataan dalam kehidupan manusia. Tidak ada kaya miskin, tidak ada bodoh pandai, pendeknya manusia itu sama sahaja.
Dalam hiraki Pkr, Sivarasah tidak popular walaupun dia naib presiden. Dia dikatakan cenderung untuk membela kaum tertentu. Manakala Tien Chua dilihat terlalu sosialis untuk dikehadapankan sebagai timbalan presiden.
Jawatan timbalan presiden untuk puak sosialis kini tinggal menjadi kubur tak bernisan dalam Pkr. Jasa besar Syed Hussin adalah menanam benih-benih sosialis dalam PKR yang kini menjadi falsafah dan objektif perjuangan seperti yang disebut dalam perlembagaan parti itu.
1 comment:
Begitu lah nasib seorang pmimpin sosialis habis madu sepah dibuang...padan muka kau...Parti Sosialis berkubur tanpa batu nesan...
Post a Comment