Wednesday, September 1

Di Selangor, Ustazah Teo lebih layak beri tazkirah dari Dr Asri !

Satu blog yang wajar kita pembaca baca adalah blog Sdr YB Zulkifli Noordin. Terbaru dari beliau -


Saya bersyukur banyak respon positif yang diterima berkaitan isu membenarkan kafir harbi memasuki ruang utama solat didalam masjid/surau.


Seorang sahabat saya, seorang ustadz berijazah doktor falsafah menghubungi saya dan cuba memberi pandangan alternatif. Saya cuma tanya satu soalan sahaja kepada beliau; "bukankah enta sendiri, seorang ilmuan Islam berkelulusan PhD, pernah menjawat jawatan tinggi, pernah ditahan, ditangkap dan diheret ke Mahkamah kerana memberi tazkirah disebuah rumah persendirian?".

"Kalau orang macam enta pun dikira tak layak masuk surau masjid dalam negeri Selangor untuk bertazkirah, takkan kafir harbi pulak lebih layak dari enta"?

Sahabat saya itu terdiam, dan saya nasihatkan beliau supaya lebih menumpu kepada usaha da'wah daripada sibuk mencampuri urusan kepartian yang kelak akan menjahanamkan nama baiknya. Janganlah kerana mencari populariti politik kepartian, aqidah dan syariat menjadi bahan dagangan.

Moga ALLAH melindungi kita semua daripada fitnah dan mehnah akhir zaman ini.

Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Selasa
21 Ramadhan 1431
31 Ogos 2010

1 comment:

ISAC said...

X ape Dr Asri pun X kisah???