Thursday, September 30

Gaduh Cabang Kota Raja - Polis Siasat Kepala Gangster

S. KOTTAPAN menunjukkan bagaimana beliau dipukul sambil diperhatikan dua anaknya, yang turut cedera di sebuah hospital di Klang.

Sambungan dari berita sebelum ini. 

 

Polis telah mengesahkan sedang menyiasat kes pergaduhan semasa pemilihan PKR Cabang Kota Raja di Shah Alam, Ahad lalu. 

 

Polis Shah Alam menerima enam laporan polis dalam pergaduhan semasa proses pemilihan yang berlangsung di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam di Bukit Naga. 

 

Polis berkata pihaknya telah membuka kertas siasatan dan sedang dalam proses mengambil keterangan daripada mereka yang terlibat termasuk exco Selangor Xavier Jayakumar. 

 

Kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dengan menggunakan senjata dan Seksyen 148 kanun yang sama kerana merusuh. 

 

Kottapan dan dua anaknya kini dirawat di sebuah pusat perubatan swasta di Klang, beliau diserang oleh hampir 40 samseng yang didalangi oleh seorang pemimpin utama PKR pusat. 

 

Tiga anaknya yang lain turut dibelasah samseng serta dihentak dengan kerusi, kayu dan topi keledar.

 

No comments: