Wednesday, September 8

Kumpulan 3A, mantop

Kumpulan 3A. Mantop !
Tidak ada siapa boleh nafikan Anwar tentunya menyebelahi Azmin Ali untuk mewarisi kepimpinan nya dalam PKR. Azmin telah berkhidmat lebih 25 tahun sebagai Setiausaha Sulit nya. Azmin tahu luar dalam mengenai Anwar dan Azizah. Azmin tahu bagaimana hendak mentadbir parti. Azmin tahu bagaimana nak mencari dana didalam dan di luar negeri.

Azmin juga dikatakan mempunyai network yang baik dengan beberapa orang pemimpin UMNO seperti KJ dan Mukhriz. Azmin pernah menjadi anak angkat Tun M, disitu lah dia mula rapat dengan Mukhriz dan Mokhzani. Melalui KJ lah Azmin menerima passport Anwar yang diberikan oleh Pak Lah untuk Anwar diterbangkan ke German untuk rawatan " sakit tulang belakangnya ". Pendeknya nya Azmin sangat monumental jika satu hari nanti takdirnya PKR perlu berunding dengan UMNO untuk pelbagai kepentingan Anwar.

Azmin juga punyai pengalaman sebagai ADUN negeri Selangor dan Ahli Parlimen. Selangor adalah tanah jajahan PKR yang paling utama. Jadi panglima dari Selangor sangat diperlukan agar dana Selangor dapat disalurkan hingga keperingkat pusat.

Kumpulan 3A (Azmin, Azizah, Anwar) dijangka bakal menguasai penuh kepimpinan PKR selepas Oktober ini. Ini lah gandingan Mantop !

No comments: