Lee Kim Sin, ADUN Kajang |
Antara mereka ialah ADUN Kajang, Lee Kim Sin, yang berkata dia sebenarnya berkecuali dan tidak terbabit dengan mana-mana kumpulan seperti didakwa oleh Exco Kerajaan Negeri Yaakob Sapari semalam. Yaakob difahamkan menjadi kempen manager kumpulan 3A di peringkat negeri Selangor.
“Kita mesti pilih pemimpin berdasarkan keperluan parti dan kebolehnya, bukan dengan pihak mana dia bergabung,” kata Lee.
ADUN lain yang mendakwa nama mereka diheret oleh kempen manager kumpulan 3A tanpa diberitahu termasuk Chai Tong Chai (Sg Chuah)dan Gan Pei Nei (Rawang).
Mereka melahirkan rasa terkejut kerana dinamakan sebagai kumpulan pro-Azmin oleh Yaakob, sedangkan Yaakob tahu mereka ini lah juga yang tidak perkenan Azmin menjadi MB menggantikan Khalid Ibrahim.
Chai berkata dia tidak akan menyatakan sokongan kepada sesiapa kerana timbalan presiden PKR sekarang, Syed Husin Ali belum mengumumkan secara rasmi yang beliau akan bersara.
“Terlalu awal untuk menyokong sesiapa. Bagaimana jika Syed Husin Ali ingin bertanding semula,?” soalnya.
Ramai pemerhati berkata dengan lebih dari 65 peratus ahli PKR adalah cina dan india, adalah sukar untuk Azmin menggalas kepimpinan utama PKR kerana Azmin di lihat jumud dan tidak terbuka berbanding Zaid. Puak Cina dan India yang kini dominan dalam mesyuarat MPT PKR sedang berusaha menaja calun-calun mereka dipelbagai peringkat kepimpinan PKR.
No comments:
Post a Comment