Wednesday, September 1

Nik Aziz jadi raja di Masjid Negeri - Pegawai JAIS tidur lagi.

Jom buka puasa dengan Nik Aziz, 3 Sept ini, di Masjid Negeri, Shah Alam. Tiketnya murah saja dari rm25 ke rm100 sahaja.

Majlis besar-besaran diatas lulus. Khabarnya diluluskan oleh JAIS. Pelik tapi benar. Minggu lalu PM DS Najib dihambat keluar dari sebuah Masjid di PJS bila dia nak adakan majlis buka puasa dengan kariah di masjid itu.

J/Kuasa masjid kata jangan politik masuk masjid. PM juga tak ada tauliah nak ajar agama di masjid selangor. Begitu lah cara budak-budak Hassan Ali buat kerja untuk mengaibkan PM.

Tapi minggu ini boleh pulak Politik masuk Masjid. Masjid Negeri lagi. Boleh pulak Nik Aziz beri tazkirah dalam masjid. Boleh pulak Nik Aziz buka puasa dalam Masjid. Boleh pulak Nik Aziz mencarut-carut dalam masjid. Nik Aziz tak ada tauliah pun tapi dia boleh buat macam-macam dalam masjid di Selangor, semuanya kerana dia di bela dan dijaga erat oleh EXCO agama Hassan Ali.

Sampai bila pegawai JAIS nak tidor tak tahu lah. Sampai bila mereka nak berkiblat kepada Hassan Ali tak tahu ler. Sibuk pengarah JAIS bersilat bila ada isu. Tetapi selagi JAIS jadi lubuk Pas selagi itu lah, Islam akan jadi kontroversial dan bahan politik di Selangor yang sekadar menjadikan rakyat lebih konfuse dan berpecah belah.

2 comments:

Anonymous said...

hahahaha...elok la kita cerminkan muka kita sendiri....

Anonymous said...

Senang cakap aku dah tak percaya lagi dengan orang2 yang kononnya orang agama tapi masuk politik.

Orang2 sebegini boleh bohong semua orang tapi tidak AKU!

Lancang biru