Sah, Khalid Ibrahim akan di tentang di kubunya. Kali ini AJK Pkr Cabang Kuala Selangor sendiri yang akan menentangnya. Panas, panas.
Khalid merupakan MB yang tidak disenangi di Cabangnya sendiri. Sebab itu Khalid pernah menerima undi tidak percaya dari 3/4 AJK Cabang itu. AJK itu kemudiannya meletakkan jawatan beramai-ramai.
Bagi Khalid undi akar umbi, politik akar umbi tidak penting. Itu sebabnya politik peringkat cabang dan ranting diremehkan Khalid. Punyai banyak ranting amat tidak penting bagi Khalid.
Kali ini Khalid Ibrahim akan dicabar dua bekas orang kanannya sendiri, Mazli Saring, calon popular dan Muhammad Kamil. Mazli memang menunggu masa yang sesuai untuk melanyak Khalid. Dia geram kerana MB Selangor tidak beri apa-apa kepada PKR Cabang Kuala Selangor.
Bagi Mazli, Khalid tidak sesuai jadi Ketua Cabang kerana dia sibuk sangat sebagai MB Selangor, jarang sangat balik 'kampung' pun. Jadi bila Khalid nak juga jadi Ketua Cabang maka nampak sangat lah dia ni kendekut wal bahil sangat dengan Jawatan. Sedangkan dia tak boleh 'serve' ahli akar umbi Cabang Kuala Selangor.
Khalid adalah pemimpin Elite, yang gagal di akar umbi. Syabas Mazli, peminat Azmin yang gagah melawan. Mazli yakin, Ijok sesuai untuknya dalam PRU 13 yang mendatang.
No comments:
Post a Comment