Sunday, September 5

Syabas PAS berani rampas harta orang Cina, UMNO Penakut !

Warisan nak ucap tahniah kepada pemimpin Pas kerana berani nak rampas harta orang cina. Ini di didedahkan oleh Tokoh Melayu Terbilang UMNO 2010, Tan Sri Zainuddin Maidin. Zam mendedahkan bahawa semasa Tragedi 13 Mei 1969 Pas minta Perdana Menteri Malaysia pertama Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj ‘merampas’ harta-harta orang Cina, disamping semasa Konfrontasi Malaysia-Indonesia Pas menyokong Indonesia supaya ‘mengambil’ Malaysia.

Nampak jelas lagi bersuluh PAS ini lebih ‘gedebe’ dari UMNO dalam soal nak menghentam orang cina. “ That the Real PAS”. Buta kah mata dan hati orang cina ? Rekod PAS sangat jelas. Zam yang juga mantan Menteri Penerangan dan juga Tokoh Wartawan Negara 2006 menjelaskan, kenyataan Tunku ini telah pun tersiar dalam akhbar Utusan dan juga tercatit dalam buku Di Sebalik Jendela Utusan yang diterbitkan sempena usia Utusan Malaysia 50 tahun pada Mei 1989 dan juga telah diulangi di dalam beberapa tulisan beliau berikutnya.

Menurut Zam lagi semasa dia dan Timbalan Ketua Pengarang Utusan Melayu, Allahyarham Osman Abadi, menemui Tunku lebih 40 tahun lalu di pejabatnya di Jalan Dato’ Onn selepas kejadian 13 Mei, Tunku memberitahu bahawa seorang pemimpin Pas baru sahaja keluar dari menemuinya dan telah menyatakan kepada Tunku bahawa inilah masanya untuk tentera merampas kuasa dan mengambil alih semua harta benda orang Cina.

Hebat sebenar nya sejarah pemimpin-pemimpin PAS ini. Ada kalanya mereka cenderung dengan teori "merampas harta rampasan perang". Sekurang-kurangnya ini patut jadi iktibar kepada Menteri KDN sekarang yang nak jentik NameWee pun tak berani ! Atau pemimpin-pemimpin UMNO ini baik sangat sehingga bila ada orang pijak kepala pun mereka akan berkata "cobaan, cobaan, cobaan ".

No comments: