Terkini dari cabang sg petani. YB Johari Abdul, mastermind calon Azmin Ali tewas dalam persaingan ketua cabang Sg Petani.
Yb joe abdul tewas kepada seorang tukang besi, En Jayakumar dengan majoriti 360. Ia merupakan petunjuk baru bagaimana kem Azmin ditolak oleh akar umbi.
Mesyuarat Agung itu jadi kecoh bila ada penyokong Yb Joe yang tidak puashati dan meminta pengiraan semula undi dibuat. Bagaimanapun keputusan ini sudah dijangka kerana Yb Joe hanya hebat di KL sedangkan jarang benar menjengok rakyat di akar umbi.
Keputusan itu sangat up set, bagaimana seorang YB PKR ditolak oleh rakyat negeri Kedah. Kekalahan ini juga amat memalukan kem Azmin yang menerima tekanan demi tekanan dari pelbagai sudut.
Sementara itu di cabang Merbok Exco Kerajaan Negeri Kedah Yb Manikumar membuat laporan polis. Beliau tidak berpuashati apabila pemilihan cabang itu telah dibatalkan tanpa sebab.
Dia menuduh ada tangan-tangan tertentu dari Kuala Lumpur yang cuba masuk campur dalam urusan Pkr cabang Merbok.
1 comment:
nama kadilan tu terlalu berat sangat untuk dipikul pada manusia yang terlalu hipokrit...renung2 kan lah
Post a Comment