Monday, September 20

YB Mike kecundang di Kapar

Hasrat YB Manikavasagam untuk bertapak di Kapar nampaknya kucundang. Walaupun dia ahli Parlimen Kapar tetapi kehadirannya langsung tidak diendahkan oleh oleh anak tempatan Pkr Kapar.

Telah sah ada 6 orang akan berebut jawatan ketua cabang pkr kapar kali ini. Yang paling favourites ada 3 orang, Hj Bakir, Rahman songkok tinggi dan Azizi Ayob.

Dengar-dengarnya ramai ahli nak orang muda menjadi ketua cabang. Hj Bakir dan Rahman sudah berumur hampir 70 tahun. Maka yang amat cerah untuk menang adalah Azizi, seorang usahawan muda yang berjaya. Azizi juga amat rapat dengan pegawai khas YB Raudziah di Sementa, Kapar.

YB "Mike" sekadar di calonkan sebagai timbalan ketua cabang. Beliau akan ditentang oleh Hashim Aziz bekas tentera dan Halim Mohamad. YB Mike yang selama ini banyak cakap rupanya tak di pakai langsung oleh orang Kapar sebagai pemimpin mereka.
Azizi yang dijangka menang Ketua Cabang disebut-sebut sebagai bakal calon Pkr di Kapar menggantikan YB Mike sebagai ahli Parlimen dalam PRU 13 ini.

2 comments:

Apai Ngelai said...

salam, di bakal menerima nasib yang sama macam khalid juga.. sama-sama menentang pengkronian dalam PKR.

YANG GAMBI said...

Kata PKR parti bukan perkauaman ? apasal berebut-rebut pulak nak gulingkan India sekor tu.....haprak punya parti...