Polis hari ini memberi amaran untuk mengambil tindakan tegas terhadap Ahli Parlimen (MP) Kapar, S. Manikavasagam sekiranya dia terus cuba membawa isteri ahli perniagaan dari India yang dilaporkan hilang awal tahun ini, S. Usharani ke lokasi pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya di Ladang Gadong, Banting.
Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, amaran itu dikeluarkan kerana tindakan tersebut adalah menyalahi prosedur termasuk dikhuatiri boleh menganggu siasatan siasatan polis.
Menurutnya, kes kehilangan ahli perniagaan India, Allal Kathan Muturaja, 34, itu masih dalam siasatan dan beliau mengingatkan bahawa Manikavasagam seharusnya membawa isteri Usharani untuk membantu siasatan lanjut oleh polis, bukannya membawanya ke lokasi pembunuhan berkenaan Sosilawati.
YB Mike seperti biasa mahu menjadi hero filem tamil dalam suasana politik malaysia. Sikap cuba menjadi hero ini dikuatiri akan menyalakan api orang Melayu yang semakin senyap dalam isu pembunuhan 4 orang Islam dalam kes ini.
YB Mike juga dilihat cuba mencari publisiti murahan sesuai dengan hasrat beliau yang ingin bertanding naib presiden Pkr dalam pemilihan parti yang akan datang. Mungkin YB Mike antara calon pilihan Anwar untuk jawatan menteri KDN dalam kabinet bayangannya.
No comments:
Post a Comment