Tuesday, September 21

Gaduh besar di Cabang Shah Alam

Warisan telah mendapat pengesahan yang Jim akan lawan Abim di cabang Shah Alam. Kedua-dua kem pro Islam telah melancarkan jentera masing-masing.

YB Rodziah Ismail (Jim) akan ditentang YB Yaakob Sapari (Abim). Pertempuran besar akan berlaku dikalangan pengikut kedua-dua YB ini.

Ya, kedua-duanya adalah Exco Kerajaan Negeri Selangor. Kedua-duanya adalah Adun di Kota Anggerik dan Batu Tiga dalam Parlimen Shah Alam.

Dengar khabarnya pejabat Exco dijadikan tempat mesyuarat perancangan Rodziah sekarang. Yaakob pulak jadikan bunglow barunya di Sg Merab kajang sebagai markas. Berlonggok ahli datang tiap malam.

Untuk makluman, Yaakob sudah berpindah dari rumah teres di Serdang ke Bungalow idamannya yang beratus ribu itu. Orang Abim sekarang pun berbudaya hedonisme juga. Jangan tanya dari mana Yaakob dapat duit, mungkin " duit pasir" kot.

Haris Bakar, Pemangku Ketua Cabang dikhabarkan telah beri laluan kepada Yaakob. Dia dah lama meluat dengan Rodziah ni. Haris pun nak jaga periuk nasinya selaku ahli Majlis MBSA.

Haris sudah muak dengan perangai Yb-Yb Jim yang berlagak sakan sejak jadi Ahli-ahli Yang Berhormat ni. Bagi Haris ramai Yb jim ini sudah jadi kacang lupakan kulit.

3 comments:

McTheory said...

Salam bro,

seronok tengok YB2 PKR ni bertempur.. he he..

Anonymous said...

aik cam citer pemilihan UMNO jer. ada puak2 jugak ker...

Kama At-Tarawis said...

anon 11.34 kata:
aik cam citer pemilihan UMNO jer. ada puak2 jugak ker...

kama kata:
'kemana tumpahnyer kuah kalau tak ke nasi - walhasil balik asal. asal dari umno, perangaipun macam umno. jadinya? kata dulang paku serpih, kata orang aku yg lebih. pi mai pi mai tang tu la jugak.." :P