Khabarnya Azmin terkejut beruk bila Khalid kumpul orang untuk istihar bertanding Timbalan Presiden Pkr.
Azmin menyebut dari maklum balas dari rakan-rakan dan pemimpin lain, Khalid telah memberikan komitmen untuk tidak bertanding kerana fokusnya adalah untuk mentadbir negeri.
Keputusan ini ditetapkan oleh parti pada permukiman di Shah Alam, kata Azmin.
Azmin sepatutnya memberi tumpuan kepada parti manakala Khalid pula dipertanggungjawab menjaga pentadbiran Selangor.
PKR telah melucutkan Khalid sebagai Ketua Selangor dan diganti oleh Azmin..
Sebelum itu Khalid dibogelkan teruk oleh ahli-ahli parti termasuk Azmin, khususnya pada kongres PKR di Kota Bharu kerana didakwa tidak banyak membantu parti.
Ahad lalu, Khalid mengumumkan beliau berhasrat bertanding untuk jawatan Timbalan Presiden bagi mengimbangi pertandingan yang telah bertukar menjadi kotor, dipercayai ditujukan kepada Azmin dan Zaid.
No comments:
Post a Comment