Friday, October 22

Live dari PWTC - Pinda Kuota

Ada 2 perkara kuota yang rancak dibahaskan dalam perhimpunan Agung Umno kali ini.

Pertama, kuota calon dalam BN.

Presiden Umno DS Najib ada menyebut soal " winable candidate " dalam taklimat Presiden selalu lalu. Calon yang boleh menang makna nya calon popular, dia berkelayakan akademik, dia tidak ada liabiliti untuk parti.

Wakil Negeri Sembilan pagi ini dalam perbahasan menambah ciri-ciri calon menang itu juga termasuk kuota kerusi dalam BN. Kuota kerusi dalam BN semakin tidak relevant. Kuota ini lah yang kadang-kadang mematikan langkah BN untuk menang dalam pilihanraya.

Negeri Sembilan mahukan DS Najib mengubah sistem kuota ini, kalau kemenangan yang hendak dicari dalam pilihanraya. Kepupusan kepimpinan komponen parti dalam BN yang masih bertelagah sesama sendiri juga semakin membosan ahli Umno.

Kedua, kuota kek ekonomi bumiputra

Pembahas wanita mencanangkan kuota ekonomi melayu di ubah. DEB tekankan 30%. Yang tercapai adalah 17%.

Penduduk negara ini jumlahnya 24 juta orang. Dari jumlah itu, 65% adalah bumiputra, 23% cina dan 11% india. Tetapi segi kekayaan kek ekonomi, cina kuasai 60%, India 23%, bumiputra 17%.

Lihat bagaimana bumiputra yang berjumlah 65% hanya miliki 17% kek ekonomi. Justifikasi ini diberikan oleh pembahas wanita. Dia mencadangkan quota 30 ditambah menjadi 40% atau lebih. Ya, sukar untuk ubah. Tapi peduli apa, tak kan nak tunggu sekali lagi 13 mei baru Umno berani ubah.

Keputusan ini sukar.

4 comments:

Semut Hitam said...

Berubah lah...
sebelum diubah...
Undi pada rakyat...
Bagi rakyat yang tentukan calon mereka...

Anonymous said...

aku sokong 100% yang kuota 30% pecahan ekonomi negara untuk kaum Bumiputera perlu dirombak.sistem kuota 30% untuk Bumiputerayang diamalkan sekarang amatlah tidak masuk dek akal.ini adalah kerana Bumiputera yang merupakan majoriti di Tanah Melayu ini perlulah mendapat kuota yang lebih dari kaum-kaum pendatang yang tak mengenang budi tu.tambahan pula kita merupakan tuan kepada tanah ini dan sebagai tuan tanah, mengapa kita perlu takut untuk mengambil hak-hak kita dari bangsa-bangsa yang datang menumpang ini!

-Hidup1000Tahun-

SUARA RAKYAT said...

bro.. tolong linkkan blog saya. tks

Melayu Pasir Gudang said...

Tahniah.....moga UMNO betul- betul melakukan transformasi bukan sekadar retorik...inilah yang di kehendaki oleh 60% rakyat di negara ini. Masa untuk berani melakukan perubahan setelah semua ahli UMNO faham bahawa Perlembagaan Persekutuan tidak mungkin boleh di rungkai atau di cabut dari asasnya. Pemimpin UMNO perlu berani bukan lagi takut dengan kaum lain kerana takut akan menjejaskan poketnya tetapi berani membuktikan kepada rakyat bahawa rakyat di dahulukan, pencapaian di utamakan.