Friday, October 22

Live dari PWTC - Pindahkan Menara Warisan ke Kg Baru

Warisan sokong benar saranan Wakil Wilayah Persekutuan semasa membahaskan usul ekonomi yang sebut Menara Warisan wajar dibina di Kg Baru. Apa ada pada tempat ? Banyak makna nya.

PNB yang menjadi promoter dan pemunya menara ini cadangkan tempat itu di sekitar stadium negara dan stadium merdeka. Kawasan itu luasnya cuma dalam 20 ekar.

Kg Baru pula luasnya adalah sekitar 200 ekar. Tentunya limpahan belanja besar menara warisan berjumlah 5 billion juga akan melimpah kepada penduduk sekitar dalam Kg Baru. Penduduk Kg Baru rata-rata nya adalah orang melayu.

Tanah sekitar Menara Warisan juga tentunya akan meningkat tinggi berkali-kali ganda apabila menara itu siap. Kalau dibangunkan di Kg Baru tentunya melayu juga yang untung.

Cadangan pembahas ini menarik. Tentunya PNB akan bersilat lagi untuk memberikan justifikasi lokasi terbaik samada dekat stadium atau dekat kampung. Pilih lah dekat kampung, agar orang kampung pun boleh sama moden.

No comments: