Saturday, October 23

Live dari PWTC - tubuh Majlis Ulamak Umno

Usul Agama dan Pendidikan dibahaskan pagi ini. Yang paling menarik adalah keberanian wakil Perlis yang mencadangkan penubuhan Majlis Ulama Umno.

Majlis seperti ini pernah di cadangkan diperingkat akar umbi bahagian, namun ini lah pertama kali ianya disebut di peringkat Perhimpunan Agung Umno. Syabas kepada wakil Perlis yang juga ulama muda yang baru menyertai Umno beberapa bulan lalu.

Tentunya Pas lah yang paling panik bila Majlis Ulama Umno ditubuhkan. Selama ini Pas menjadi lukah kepada ustaz-ustaz untuk menyertai politik secara serius.

Majlis ini boleh menjadi wahana transformasi Umno yang dicadangkan oleh DS Najib. Sudah tiba masa nya Umno mengiktiraf peranan golongan agamawan dalam parti. Selama ini Pas membuka pintu yang sangat luas untuk mereka dan kemudian memanipulasi mereka untuk survival politik parti itu.

2 comments:

Anonymous said...

Sudah sampai masanya UMNO tubuhkan Majlis Ulama' ini kerana perjuangan bangsa Melayu mestilah berteraskan Islam. Andai melayu cuba mengasingkan diri dari perjuangan Islam.., sudah barang tentu, UMNO akan terus menjadi bahan fitnah yang tak sudah2.

Majlis Ulama' harus diberi peranan untuk menasihati UMNO dalam segala tindakan kerana Islam sememangnya merangkumi segala aspek penghidupan. Kita tidak boleh berjuang di luar ruang ketetapan ugama kita.

UMNO akan pasti menjadi lebih indah.

pedang merah said...

tersangat la moleknya kalau ada majlis ulamak umno.. semakin berani dan banyak perubahan umno buat utk menebus kesalahan dan kesilapan yg di lakukan oleh individu2 yang merosakkan parti umno dulu... semoga umno kembali teguh seperti semasa kepimpinan ayahanda tun mahathir..