Friday, October 29

Menara Warisan - manipulasi Facebook oleh Kit Siang ?

Media sosial seperti facebook, twitter dan yang lain nya memainkan peranan yang bukan kecil dalam pembodohkan akal diri manusia. Apatah lagi bila media sosial ini boleh membangunkan persepsi politik dengan cepat.

Persepsi bukan lah asas kebenaran. Persepsi tidak dijanakan oleh pembuktian yang nyata. Ia berdasarkan perasaan yang dangkal. Persepsi akan ditolak mahkamah mentah-mentah sebagai asas pembuktian. Persepsi itu senipis kulit.

Bila Projek menjana ekonomi Menara Warisan dicadangkan oleh PNB, ramai yang terkangkang. Ramai yang cemburu. Ramai yang curiga. Ramai yang konfuse. Cemburu, curiga dan konfuse ini lah yang berjaya dimanipulasi oleh pembangkang untuk kepentingan politik mereka.

Memang kerja pembangkang adalah membangkang sahaja. Manakala kerja kerajaan adalah untuk memakmurkan ekonomi, menjaga ketenteraman awam dan memastikan keharmonian negara.

Apabila Lim Kit Siang menyebut yang membangkang Menara Warisan dalam Facebook sudah menjangkau 200,000 itu tidak memeranjatkan. Itu memang kerja pembangkang untuk memanipulasi segala-galanya. Mereka kini telah berjaya memanipulasikan Facebook untuk memanipulasikan pula Projek Ekonomi Menara Warisan.

Manusia kini sudah tidak boleh mencari kebenaran dari alat media sosial yang sudah disalahguna untuk kepentingan peribadi.