Sunday, October 17

Roadshow SSDE 2 - Memorandum TAUBAT, AMK kencing Anwar

Roadshow SSDE 2 baru memulakan pelayaran nya ke 35 destinasi di seluruh negeri Selangor. Nampaknya tekanan demi tekanan oleh SSDE telah memungkinkan AMK Pulau Pinang dan Perak semalam menyerahkan Memorandum TAUBAT kepada Ketua Jawatankuasa Pemilih PKR untuk diserahkan kepada Anwar Ibrahim, Ketua Umum PKR.

Nur IImi Ismail, dari Cabang PKR Bayan Baru yang menjadi ketua kumpulan AMK yang menyerahkan memorandum berkata Anwar telah menjadi liabiliti kepada parti kerana kes liwatnya yang sedang dibicarakan di mahkamah.

Memorandum TAUBAT merujuk kepada kes liwat yang sedang dihadapi oleh Anwar di Mahkamah Tinggi.

"Bertaubatlah dengan segera demi menjaga martabat perjuangan parti. Namun sekiranya Anwar enggan bertaubat setelah pendedahan demi pendedahan dibongkarkan, beliau perlu meletak jawatan dengan kadar segera" kata Nur Ilmi membacakan memorandum itu.

"PKR tidak mahu pemimpin yang sibuk dengan masalah peribadi yang berselindung di sebalik parti untuk mengelak tindakan undang-undang", katanya.

Nur Ilmi hadir bersama 60 orang ahli PKR menyerahkan memorandum 2 muka surat itu semalam.

2 comments:

Anonymous said...

nak tanay sikit..kalau dah sah terlibat dengan perundanga..kan elok letak jawatan dalam parti dan tunggu sehingga perbicaraan tamat...jadi nama parti tidak akan kotor,,untuk menjaga imej parti saya cadangkan seluruh ahli PKR mintaklah ANWAR letak jawatan sekarang juga..Parti ke penting Individu ke penting? Adakah Rakyat diutamakan atau Anwar di utamana? Spap yan gharu s di perjuangkan dahulu?? fikirlah sendiri ..saya sebagai ahli PKR mintak jasa baik semua PKR seleurh Malaysia mintak Anwar letak jawatan,

Anonymous said...

Tolong laa...,

Jangan halau Anwar Berahim kluar dari PKR..., nanti susah kitaorang nak attack...