Thursday, October 28

Roadshow SSDE 2 - TRANSFORMASI Vs REFORMASI & PENETRASI


Kali ini di Sg Burung dan Sekinchan, daerah jelapang padi Selangor, kisah Transformasi UMNO oleh DS Najib juga akan di kupas dengan lebih mendalam. Kita ingin bertemu dengan golongan petani, peladang dan nelayan. Mereka adalah golongan yang sentiasa rapat dihati kita.

Perdana Menteri DS Najib sebut - berubah atau kita akan rebah, ini adalah kata-kata keramat beliau pada Perhimpunan Agung UMNO 2009. Apa yang patut berubah, apa yang patut kena ubah ?

Juga yang akan menjadi nostalgia 1998-2004 iaitu cerita reformasi rakyat akan menjadi sulaman bicara kata Roadshow. Ia merupakan kisah bangunnya anak muda dalam idealisme yang sangat tinggi, rupanya sekadar menjadi mainan politikus yang gila jawatan.

Akhirnya anak muda juga yang menjadi mangsa penetrasi. Bukan seorang tapi hampir setengah dozen. Yang sahnya semua mereka jambu-jambu belaka. Sudah terang lagi bersuluh. Namun adakah lagi keadilan untuk anak muda yang menjadi mangsa tolakan dan hentakan kuat politikus yang bernafsu kuda ini? Ramai yang tidak berani, sementelah mahkamah juga terikut dengan gaya tari politikus maha zalim bernafsu haiwan ini !


Jumpa anda pada - 30 Okt 2010, Sabtu, 830 mlm

1. Dun Sg Burung

Galeri Tanjong Karang Utara
Jalan Sungai Kajang
Tanjong Karang

Pemidato
YB Senator Mohd Ezam Md Nor
Ustaz Rosdi Long
YB Dato' Satim Diman

2.  Dun Sekinchan

Balairaya JKKP pt 7 Baruh, Sekinchan

Pemidato
YB DS Dr Khir Toyo
Mr Lee You Hin
YB Senator Mohd Ezam Md Nor

Roadshow Oleh Rakyat
Dari Rakyat
Untuk Rakyat

No comments: