Tuesday, October 5

SPR Pkr lebih berjaya dari SPR

Syabas SPR Pkr yang telah membuktikan Pkr boleh, ya Pkr boleh JAHANAM. Pemilihan cabang selama dua bulan ini membuktikan benar-benar Pkr adalah adalah sebuah parti "holigans" yang dikuasai oleh golongan-golongan gangster dan samseng.

Pkr juga adalah parti yang paling banyak komplen mengenai keupayaan SPR. Ada sahaja yang tidak kena dengan SPR. Ada saja komplen mereka mengenai SPR.

Malah Pkr juga yang menaja MAFREL untuk kononnya menjadi pemerhati bebas pilihanraya di negara ini. Namun rupanya MAFREL cenderung berpihak kepada Pas, Dap dan Pkr dalam banyak keadaan.

Tapi kalau nak banding SPR dengan SPR pkr ini jauhnya macam langit dengan bumi. Ramai ahli pkr menyalahkan spr pkr. J/k bodoh sombong ini adalah punca kelam kabut pemilihan parti mereka pada kali ini.

SPR pkr dalam soal daftar ahli yang boleh mengundi pun jauh berterabur. Ia adalah punca pertama ahli tak puas hati. Ada ahli yang namanya tidak ada. Ada yang bukan ahli tapi namanya ada dalam senarai ahli. Ada yang telah dibuang atau telah keluar parti pun nama mereka masih dalam senarai.

Kertas undi pun ada tempat yang nama calon tertinggal. Kertas undi tidak cukup, sudah jadi lumrah Spr pkr. Tong undi pun tong kertas yang boleh di robek-robek. Mereka yang berpangkat dalam Pkr pusat boleh mengarahkan SPR pkr ni macam macai dia sahaja.

Yang lawak adalah apabila wakil calon tidak dibenar masuk dalam tempat pengiraan undi. Dan yang paling LAWAK adalah bila tong undi dibawa lari kehulu dan ke hilir seperti yang berlaku dalam pemilihan cabang Kota Raja, macam filem cerita tamil.

Ada juga ahli SPR pkr yang terkencing dalam seluar bila di gertak oleh budak-budak gangster Pkr yang mewakili kem-kem yang bertanding.

Soal waktu mengundi juga ada yang lewat sampai 5 jam kerana pelbagai masalah teknikal kunun nya yang perlu diselesaikan. Bila kira undi pulak ada yang kira sampai 24 jam, walhal undi yang perlu dikira tak sampai 3 ribu undi.

Mana pergi MAFREL yang selama ini sibok mengacau SPR. Nyata MAFREL telah tidur nyenyak di buai mimpi dan mereka tidak mahu masuk campur dalam urusan spr pkr yang terlalu berkecamuk ini.

Menyalahkan pihak lain, pkr sangat pandai. Tapi bila kena batang hidung sendiri, baru dia tahu langit tinggi rendah. Ini lah namanya bodoh tak boleh diajar, pandai tak boleh di ikut !

2 comments:

Anonymous said...

Kah kah kah.. .tue la, Ketua Umum & PResiden keje tido jer...hahahahahaha Bung Nuar kat luar negara... tak nak amik port sbb ape? sbb dia tahu kalo dia ade kat sini.. sure kene bamboo ngan penyokong dia... bodoh!!

Anonymous said...

muncul parti barbarian. lepas ni elok berkubur je