Thursday, October 7

Zaid mahu puteri reformasi lanyak Azmin

Calon Timbalan Presiden PKR, Zaid Ibrahim bersedia menarik diri daripada bertanding jawatan nombor dua parti sekiranya Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar memutuskan untuk bertanding jawatan itu.

Bagaimanapun, Zaid berkata, beliau tidak menolak kemungkinan akan bertanding jawatan lebih tinggi parti, selepas berbincang dengan rakan dan penyokongnya dalam PKR.

"Saya difahamkan Nurul Izzah akan bertanding jawatan Timbalan Presiden dan merasakan beliau adalah calon yang sesuai untuk jawatan itu.

"Maka, saya akan turun berkempen untuk memastikan Nurul Izzah memenangi jawatan nombor dua parti," katanya pada sidang media di rumahnya di sini, sebentar tadi.

Ketika ini, Zaid masih menunggu keputusan muktamad daripada Nurul Izzah sama ada beliau mahu bertanding atau sebaliknya.

Izzah merupakan calon popular menentang Azmin Ali.

No comments: