Wednesday, November 10

Adun langgar lari membelit isu

Ng tak kena serang kalau patuh undang-undang

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar berpendapat insiden Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sekinchan Ng Suee Lim mendakwa diserang 'samseng' di Tanjong Karang pada 4 November lalu tidak akan berlaku jika wakil rakyat DAP itu menghormati undang-undang dan peraturan.

Menurut beliau, pihak polis sudah melarang Ng mengadakan perjumpaan di Kampung Kunci Air Buah kerana ada penyebaran sms mendakwa Adun terbabit mahu mengadakan demonstrasi tanpa kebenaran pihak berkuasa.

"Kalau beliau (Ng) seorang yang mematuhi undang-undang, beliau tidak meneruskan perhimpunan bersama penyokong-penyokongnya sehingga mencetuskan rasa tidak puashati penduduk di kawasan tersebut," ujarnya.

Noh berkata, apabila penduduk melihat Ng sebagai wakil rakyat yang tidak mematuhi undang-undang, tidak mustahil mereka juga bertindak demikian sehingga berlaku kejadian Ng mendakwa diserang dan ditumbuk 'samseng'.

Menteri Pertanian, Industri dan Asas Tani itu mengakui penduduk yang berada di situ tidak boleh menerima tindak tanduk Ng yang dilihat mahu menghasut rakyat bukannya menyelesaikan isu berkaitan harga padi.

"Isu harga padi ini timbul setiap tahun. Tahun lalu, Ng juga cuba jadi hero tetapi bila saya ajak beliau berdialog dengan petani, beliau tidak hadir," katanya dalam sidang media di Lobi Parlimen, Selasa.

Noh mendakwa beliau mendengar Ng menceritakan insiden beliau diserang dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, hari ini menerusi telefon dan menyifatkan apa dikatakan wakil rakyat DAP itu banyak yang tidak benar.

"Kalau boleh, saya ingin memberi jawapan dalam sidang Dewan (Selangor)," katanya.

Beliau mencabar Ng bersemuka dengannya berhubung isu itu bukannya cuba jadi hero dalam Dewan atau di kampung sahaja.

1 comment:

Anonymous said...

adun sembelit lari langgar pintu