Ramai yang sinical bila Dato' Seri Najib bercakap soal transformasi Umno. Adakah presiden Umno ini bercakap seorang ?
Tentu nya tidak. Pabila sebenarnya umno semakin bangkit dengan program gerakan politik seperti Roadshow Selamatkan Selangor Darul Ehsan (SSDE). Sudah ada gelombang baru.
SSDE 2, juga menampilkan golongan agamawan. Memberikan platform kepada ustaz dan ulama muda untuk memberikan pandangan dalam pelbagai isu yang melanda umat sekarang.
Ustaz dalam Umno kini bukan untuk baca doa sahaja. Lebih dari itu SSDE buka ruang dan peluang seluas-luasnya kepada golongan agamawan ini utk turut serta dalam proses transformasi ini.
Bila agamawan semakin dekat dengan perjuangan Umno tentunya jalan semakin cerah untuk umat melayu kembali bersatu dan kuat menghadapi pelbagai kemelut dan cabaran serta tekanan anasir-anasir jahat perosak agama dan negara.
Lihat fenomena yang dibawa ssde ini di http://gerakan-anti-pkr.blogspot.com/2010/11/ssde-siapa-ustaz-rosdi-long.html
No comments:
Post a Comment