Semalam pegawai SPRM mengambil kenyataan dari Khalid Ibrahim berhubung isu Rm800,000 belanja hari jadi Yayasan Selangor. Namum kita agak sinis dengan keberanian SPRM yang biasanya akan melepaskan Jerung.
Sebaliknya yang menjadi mangsanya adalah ikan bilis atau ikan sardin. Alangkah malangnya menjadi bilis dan sardin kerana akan di angkut dan di usung dimahkamah.
Ini bukan kes pertama Khalid yang disiasat oleh SPRM. Sebelum ini semua orang tahu kes Lembu, kes kereta Lexis, kes TBH, kes pasir - ini semua kes yang akhirnya jerung macam Khalid akan terlepas. Besar betul CABBLE mb ni sampai macam imune dari undang-undang.
Dalam kes Yayasan Selangor, Khalid adalah pengerusi yayasan itu. Dia pengerusikan mesyuarat lembaga amanah. Tak masuk akal kalau Rm 800,000 itu diluluskan oleh pegawai sahaja ! Pegawai cuma buat kerja lepas budget diluluskan.
Siapa yang meluluskan budget besar seperti itu ? Tentu lembaga pengarah. Tentunya lembaga pengarah dalam kawalan pengerusi. Tapi Khalid ini terlalu bijak untuk diheret oleh SPRM pegawai pendakwa atau pegawai penyiasatnya.
Jerung akan terus terlepas.
No comments:
Post a Comment