Wednesday, November 24

MB Selangor pakar strategi menghapus institusi Melayu

Kisah air Selangor sudah jadi polemik. Kenapa SYABAS diserang oleh DAP + PKR + Pas ?



Jawapannya mudah, sebab syarikat bekalan air ini dikuasai oleh Bumiputera Melayu ! Bukan rasist, tetapi realiti. Apa sahaja yang menjadi aset orang melayu maka institusi melayu akan menjadi sasaran DAP + PKR + Pas.

Sebelum ini institusi Polis di hentam, sebab ramai polis orang melayu. Sebelum ini institusi kehakiman di hentam, sebab ramai hakim orang melayu. Sebelum ini institusi pentadbiran negara di hentam, sebab ramai menteri kabinet orang melayu. Sebelum ini UITM dihentam, sebab UITM milik orang melayu. Sebelum ini TNB dihentam, sebab ramai orang dalam TNB orang melayu.

Sebelum ini institusi Istana dihentam, sebab Raja Tanah Melayu ini adalah orang Melayu. Sebelum ini institusi masjid di hentam, sebab masjid adalah milik orang melayu.

Apa sahaja yang dimiliki orang melayu mahu di perkosa dan dirogol oleh DAP + PKR + Pas.

Kini institusi yang membekal air bersih ke seluruh Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya hendak di hentam, disabotaj dan dibangkrap oleh puak- puak ini.

Perogolan dan pemerkosaan terhadap institusi melayu ini harus ditentang dan di lawan habis-habisan.

4 comments:

Anonymous said...

parti pembangkang nih memang hanjing liar...

mae said...

Setuju sangat dan sedar dengan situasi ini. Tapi dari perbualan saya dengan beberapa orang Melayu sendiri, samada dari golongan profesional atau kuli batak, mereka tak peduli samada orang Melayu menguasai atau tidak institusi-institusi ini. Sebabnya ialah mereka menganggap orang Melayu yang menguasai institusi ini hanya memperkayakan diri mereka sendiri. Bagi mereka, samada Melayu atau bukan Melayu yang berkuasa, nasib mereka sama saja. Nasib orang bukan Melayu yang tidak berkuasa pun sama macam nasib Melayu yang tak berkuasa apa-apa. Jadi, pertentangannya ialah antara orang yang berkuasa dengan orang yang tak ada kuasa. Lebih muak apabila orang Melayu yang berkuasa itu beragama Islam tapi bila dah kaya nak kaya lagi dan membuat dasar-dasar yang menindas orang lain. Sebab itu ramai orang yang berebut nak berkuasa kerana seronok menindas orang, dan ada perlindungan undang-undang pulak tu.

Anonymous said...

Ya ayoh mari ramai orang Melayu 'Serang' pakatan syaitan ini dimana2 sahaja mereka berada. Sudah terang2 lagi bersuluh bahawa pakatan syaitan ini bertujuan meruntuhkan dan menjahanamkan institusi2 yang ditujangi oleh orang Melayu dan yang beragama Islam.Satu kesedaran dan kebangkitan semangat yang cintakan agama Islam dan bangsa Melayu yang mulia ; patut disemaikan disanubari tiap2 ummat Melayu...waima jika dari dalam buaian sekali pun hingga kedewasaan mereka. Ayoh kita jangan tunggu2 lagi...ALLAHUAKHBAR.

Anonymous said...

Yang juga tidak disebut dalam artikel di atas adalah projek PNB iaitu bangunan Menara Warisan.., PNB adalah institusi bumiputera yang berjaya dan agen yang menjayakan dasar ekonomi baru, dan ia kimi dikritik hebat oleh DAP dan golongan muda bukan bumiputra terutamanya. Aku memang dah lama perasan ada usaha terutamanya dari DAP untuk memberikan persepsi negatif terhadap mana-mana institusi bumiputra. Sedihnya...kaum Melayu pun ikut sama mengkritik institusi bumiputra tersebut.