Zaid Ibrahim mengadakan sidang akbar pagi ini bagi menyahut cabaran Anwar semalam. Turut hadir adalah calon pemilihan Tim Presiden PKR, Mustafa Kamil Ayub dan calon Naib N Gobalakrishnan.
Zaid berkata kalau PKR nak reform Anwar dan Azmin kena "BLAH" sebab mereka punca masalah dalaman dalam parti tu.
Mustafa Kamil Ayub pula mendakwa ada 162 aduan terhadap JK Pemilihan PKR. Namun semuanya tidak diendahkan kerana ia dikawal oleh pihak berkenaan.
Mustafa beri tempoh 48 jam respon jika tidak dia akan ambil tindakan lebih tegas, mungkin turut letak semua jawatan dalam PKR.
Zaid menegaskan beliau TAK AKAN KELUAR PKR. Katanya dia suarakan rasa tak puashati akar umbi terhadap pemilihan. Dia kata cuma puak Azmin & the geng saja puas hati sebab JK Pemilihan ikut kata mereka.
Semua bukti kong kalikong pemilihan PKR ada. Kata Zaid ia dalam bentuk video, gambar dan lain-lain. Dia akan serahkan kepada parti. Zaid juga menunjukkan bukti itu kepada media.
1 comment:
rasa-rasanya nanti zaid kena tendang keluar macam zul nordin
Post a Comment