Tuesday, November 16

Rombakan Kabinet 26 Nov ?

Menurut sumber dalaman Umno, Kabinet dijangka akan dirombak dalam masa terdekat ini, selewatnya pada 26 Nov 2010. Kebetulannya mesyuarat MT Umno dijadualkan berlangsung pada tarikh tersebut.

DS Najib pernah menyebut pada perhimpunan Agung Umno sebulan lalu yang dia berhasrat untuk mengadakan beberapa perubahan dalam Umno. Ramai yang percaya ini merujuk kepada kabinet dan kepimpinan Umno negeri.

Tidak keterlaluan jikalau ramai yang menyebut beberapa orang menteri gagal untuk mencapai KPI harapan rakyat dinegara ini. Mereka lebih cenderung menjadi penumpang yang berpeluk tubuh.
Desas desus juga menyebut beberapa Badan Perhubungan yang "Panas" juga akan mengalami perubahan. Antara yang makin jelas adalah di Kedah dan Terengganu.

4 comments:

Anonymous said...

YAB Dato Seri Najib.

Cadangan ini datang dari hamba ALLAH yang mahu melihat UMNO Perak terus menjadi peneraju Kerajaan Negeri Perak selepas Pilihanraya 13 nanti.

Untuk itu sila beri perhatian kepada Negeri Perak supaya kita orang Melayu Perak tidak menyesal kerana gagal mengambil tindakan untuk memperbetulkan kepincangan yang berleluasa diPerak.

Pihak kami percaya YAB Dato Seri mempunyai badan risikan yang efektif , maka selidik lah dengan mendalam arus serta gelombang yang bergelora diPerak kerana peluang untuk kekal sebagai peneraju Kerajaan nampaknya ada sikit susah sekiranya tidak dibendung dan ditangani segera. Masa kian suntuk.

Pemerhati Politik

kerabu jantung said...

Biarlah jadi rombakan kabinet kali ni, lama sangat tunggu, dah habis saspen dah.

Nak tengok orang-orang yang tak lulus peksa ( kpi ) di boot out from the cabinet!

Betul ke ada kpi untuk menteri-menteri ni?

Taminsari said...

Salam Aidil Adha..

" Labbaika Allahumma labbaika. Labbaika la syarika laka labbaika. Innal hamda wanni’mata laka wal mulka. laa syarika laka ".

" Ya Allah, aku datang karena panggilanMu. Tiada sekutu bagiMu. Segala ni’mat dan puji adalah kepunyanMu dan kekuasaanMu. Tiada sekutu bagiMu ".

Selamat menyambut Hari Raya Aidil Adha dari saya buat Bro Warisan2057sekeluarga. Selamat melakukan ibadah Qurban dan sambutlah ianya dengan penuh keinsafan dan keredhaan. Semoga Allah swt sentiasa memberkati kita semua..InsyaAllah..AMIN.

Salam perjuangan..

Belantan

warisantmk said...

Warisan 2057,

Di dalam suasana politik pasca 2008, Kementerian Dalam negeri dan Kementerian Komunikasi perlu memainkan peranan pro-aktif dan tegas di dalam melaksanakan aspek penguatkuasaan dasar-dasar Kerajaan.

Buat masa ini, Kementerian Dalam negeri dilihat LEMAH di dalam membenteras kemasukan pendatang asing, terutama CHINA DOLLS yang semakin ramai memenuhi sarang-sarang maksiat di seluruh negara. Ramai yang datang menggunakan paspot pelajar dan pelancung, tetapi di mana LONGGARnya penguatkuasaan???

Kementerian Dalam Negeri juga dilihat tidak tegas di dalam menguatkuasakan Akta Hasutan, terutama ke atas mereka yang mempertikaikan aspek-aspek tertentu di dalam Perlembagaan, yang tersenarai sebagai kesalahan di bawah Akta Hasutan. Kata orang-orang tua, 'Bila batang kelapa condong, kura-kura pun boleh memanjatnya'...

Kementerian Komunikasi pula dilihat sekadar 'melepas batuk di tangga' di dalam membenteras FITNAH-FITNAH yang disebarkan oleh blogger-blogger pro-pembangkang.

Sampai masanya DS Najib mengintai-ngintai calun-calun yang lebih berani dan tegas.