Dalam apa isu sekali pun, jerung akan terlepas. Jerung besar, jerung kuat, jerung ganas, jerung zalim. Jerung akan makan bilis jika perlu.
Isu penyelewengan regim Khalid bukan baru. Dari kes Pasir, kini membawa kes Yayasan Selangor dan Pkns.
Semua tahu angka keramat Yayasan Selangor dalam penyambut hari jadinya menghampiri Rm 1 juta. Belanja Rm1 juta tak kan yang meluluskan cuma ketua unit atau ketua jabatan atau CEO ? Besar sangat lah kuasa mereka ini kalau tahap mereka sahaja yang meluluskan belanja besar ini !
Tentunya Lembaga Pengarah yang membuat keputusan untuk belanja yang sebesar ini. Jangan kan Rm1 juta, belanja melebihi Rm50,000 pun kena dapat kelulusan Lembaga Pengarah. Itulah yang sepatutnya.
Walau apa pun angkanya, bagi rakyat marhaen cukup makan tengahari dengan lauk ikan kembung, sambal belacan , sayur kangkung dan air kosong. Mungkin Khalid sudah lupa realiti perjuangan rakyat marhaen lantaran mahu hidangkan lauk pauk yang nilainya Rm1 juta kepada kroni, walau sekadar makan tengahari yang sepinggan dua.
1 comment:
jom kita bangunkan sistem khalifah.
hapuskan pas, pkr, bn, umno, dap, mic, mca dan segala parti politik.
Post a Comment