Syukur kepada Allah yang maha Esa pada hari ini 11hb Disember 2010, sekali lagi kita menyambut hari keputeraan SULTAN SELANGOR, DULI YANG MAHA MULIA SULTAN SHARAFUDDIN IDRIS SHAH AL HAJ IBNI ALMARHUM SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH AL HAJ.
Baginda Tuanku Sultan Sharafuddin merupakan Raja yang sangat dekat dengan hati rakyat negeri Selangor khususnya. Sentuhan Baginda Sultan dalam beberapa isu rakyat jelas membayangkan betapa Baginda sangat prihatin kepada kemaslahatan umat.
Selama lebih dari 50 tahun kita merdeka, kita dapat melihat bagaimana Selangor membangun, maju dan aman sejahtera. Ini merupakan sebahagian nya kerana naungan dan sumbangan institusi Raja Berperlembagaan yang menjadi pengimbang kepada pentadbiran di Negeri Selangor.
Kita yakin Selangor akan terus berada di landasan yang betul selagi umarak yang ada mempunyai keikhlasan mengutamakan rakyat dari mengutamakan nafsu politik. Dengan saranan dan nasihat Tuanku Sultan tentunya ia akan memberikan lebih keyakinan untuk Selangor mengorak langkah memberikan yang terbaik kepada seluruh rakyat.
Kita mendoakan agar Selangor yang dicintai akan senantiasa aman damai, sejahtera, dijauhi dari sebarang musibah dan bencana.
Kita juga ingin merafak sembah dan menjunjung kasih memohon doa semoga kebawah Duli Tuanku Sultan sekeluarga dipanjangkan umur, beroleh kesejahteraan, dan dikurniakan kesihatan yang baik, di Berkati dan di Rahmati Allah yang maha Esa.
DAULAT TUANKU
No comments:
Post a Comment