Tuesday, December 21

Haramkan bas 2 tingkat

Nahas buruk yang membabitkan bas 2 tingkat bukan sekali. Ia sudah berkali-kali berlaku dalam setahun ini. Ia melibatkan korban nyawa yang bukan sedikit bila kemalangan itu berlaku.

Apa tindakan pihak berkuasa ? Menyiasat dan terus menyiasat, amaran dan terus beri amaran ? Syndrom menyiasat dan amaran ini menjadikan kabinet Ds Najib diejek oleh rakyat. Jangan marah Ds Najib, that realiti. PM hebat, tapi menteri kabinet ada yang hamlau !

Warisan berpeluang naik bas 2 tingkat beberapa kali. Perjalanan KL-Alor Star. Warisan orang kampung, tak mampu nak naik kapal terbang, walaupun berjalanan agak jauh, mengambil masa tidak kurang dari 7 jam.

Tapi menteri yang jaga bas pernah ke naik bas 2 tingkat ni ? Pengerusi LPKP pernah ke naik bas 2 tingkat ni ? Pengarah JPJ pernah naik bas 2 tingkat ke ?

Persoalannya adalah adakah kajian teliti dibuat terhadap penggunaan bas 2 tingkat ini apabila ia diperkenalkan sejak 2 tahun yang lalu ? Sesuaikah bas 2 tingkat kalau jalan berbukit bukau dan berlereng-lereng ? Adakah tahap kelajuan bas 2 tingkat boleh sama dengan bas biasa 90-110 km/j.

Soal nyawa adalah soal besar, memperkenalkan bas 2 tingkat kerana nak kan keuntungan adalah sangat bahaya kepada rakyat yang sering menggunakan kenderaan seperti ini. Haramkan lah penggunaan Bas 2 tingkat sekurang-kurang buat sementara sehingga kajian teliti dibuat.

2 comments:

Anonymous said...

bas 3 tingkat ni utk dlm bandar aje bukan untuk interstate... baghal punya org yang luluskan bas jenis ini utk jalan jauh.. Greyhoud di US tu pun tak guna bas 2 tingkat.. cma dlm KOTA LONDON dia org pakai doubler decker... tapi dlm bandar ajer... bas ni tinggi dan tak ada roadholding dan tak boleh laju dan tak mudah nak balance... tapi bas atas jalan di malaysia smua laju mcm dia org ingat dia org bawak Ferari bila atas highway... aku lari 120km se jam dia org potong mcm air ajer kat highway.... dan aku bwk mercedes masterpiece, bukan kancil.... tapi aku cuma boleh glengkan kepala ajer... JPJ/Polis tido gaknya...

hangkedee said...

kerja yang paling rumit dalam dunia ialah Saman Ekor