Bekas ketua Angkatan Muda PKR Selangor (AMK), Hamidzun Khairuddin meminta DAP memberi penjelasan bahawa Menteri Mentor Singapura LKY telah mendapat maklumat kes liwat terperinci dari peguam DSAI, KapalSing kerana segala maklumat itu berada dalam tangannya(DAP).
Dengan maklumat sulit itu, akan menjadi senjata jika DSAI menjadi PM. Beliau adalah flatform bagi DAP mendapatkan undi Bumiputera-Melayu dalam PRU nanti.
Hamidzun selaku Pengerusi Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) menuntut supaya DAP memberikan penjelasan kepada rakyat. ( MM –online Dec 19, 2010).
CATATAN PINGGIR
Pendedahan Hamidzun –GAPS ini tidak terlintas dikepala kita selama ini. Ia sangat logic dan boleh dipercayai memandangkan KapalSing (KS) adalah peguam DSAI. KS adalah orang yang paling tahu segala apa yang berlaku dalam terang dan gelap. Setiap inci dicatat dan difailkan sebagai hujah pembelaan.
Sebenarnya DSAI, sedikit tidak sedar bahawa 'perangkap' KS menyinggah. Maklumat itu bertukar tangan kepada Wikileaks pastilah melalui LKY. Bagitulah nasib, orang yang membuat salah, langkahnya semua salah.
DSAI juga lupa sepanjang masa dalam kerajaan BN, jawatan terakhir adalah menteri kewangan dan TPM. Berapa banyak tekanan yang dihadapi DAP oleh DSAI selaku TPM ?. Adakah KapalSing, Lim Kit Siang dan lain-lain melupai air tangan DSAI terhadap mereka?. Tidak.
Adakah DAP, Lim Kit Siang dan KapalSing lupa mereka masuk ISA dalam operasi lalang?. Jawabnya tidak. Bila DSAI ditimpa musibah adakah mereka ingin berbuat secara ikhlas kepada DSAI, Sedangkan luka didalam belum sembuh?. Pasti hati mereka sangat berdarah didalam tahanan ISA. DS Annwar salah seorang penggerak terpenting BN pada kedudukannya sebagai TPM waktu itu.
Tiba-tiba bila berlaku hal, KS dijadikan tempat mengadu dan membela DSAI. Bagi KapalSing itu adalah satu permulaan yang baik dan strategik. Sebagai seorang peguam, klien tidak boleh bersembunyi. Setiap patah perkataan ada makna yang tersendiri. Godfather DAP adalah LKY di Singapura. Nah sekarang ambil sebiji.
Dengan pendedahan ini DAP sukar untuk mereka menafikannya kepada public . Setelah pendedahan ini dibuat oleh Hamidzun barulah kita sedar 'pokok' asalnya sumber mana maklumat Wikileaks.
Apa akan jadi jika benar-benar Pakatan Pembangkang menang?. DAP pasti berjaya meletakan LKS sebagai tempat nombor dua iaitu TPM. Apakah DSAI berani tidak melayan jika LKS menuntut Jawatan penting kabinet, seperti Menteri dalam Negeri, Kewangan, Penerangan dan sebagainya ?. Apa jadi jika DSAI tidak layan?. Bahaya..sangat bahaya.
Cuba bagi tahu apa yang DSAI boleh buat dalam situasi ini jika telur sudah dalam tangan DAP?. Diramas pecah dan ditarik pun pecah. Jika digenggam menjadi masak. Itulah masalahnya jika rahsia besar didalam tangan orang.
Dimana Pas dalam keadaan ini?. Pas fikirlah sendiri. Apakah perlu perbincangan? . Jawabnya tidak perlu. Rahsia itu sebagai batu pancang antara DSAI dan LKS. Apakah Pas sedar ini semua?.
Saya ucapkan tahniah kepada GAPS kerana berani menimbulkan persoalan ini. Ia mematangkan kita berfikir.
sumber : Suara Majlis & Melayurayadaily
1 comment:
Tahniah saudara warisan2057 atas beberapa pendedahan... semoga maklumat ini akan membuka minda semua pihak khasnya PAS
Post a Comment