Sunday, December 26

Kejutan Rombakan Umno Negeri ?

Setiausaha Agung UMNO DS Tengku Adnan Tengku Mansor akan mengadakan sidang akhbar mengenai beberapa perubahan dalam UMNO di ibupejabat UMNO 3 petang esok.

Menurut sumber, ia nya punya kaitan dengan beberapa perubahan jawatan dalam badan Perhubungan Umno di beberapa buah negeri. Negeri-negeri tersebut adalah Kedah, Pulau Pianang, Terengganu dan Selangor.

Dalam mesyuarat Majlis Tertinggi Umno yang lalu DS Najib ada menyebut perkara ini tetapi hanya akan di umumkan pada hujung tahun ini dan berkuatkuasa pada bulan Januari ini.

Beberapa negeri dijangka akan memberikan jawatan kepada pimpinan muka baru bagi memberikan nafas baru kepada Umno Negeri yang kelihatan lesu.

Setelah lebih dari 3 tahun nyata pimpinan yang ada memerlukan lebih ramai tenaga muda yang berwibawa untuk mengerakkan pelbagai perkara diperingkat pertengahan pimpinan Umno ini.

1 comment:

Double Y said...

salam ziarah,

saya follow dan pautkan blog tuan di blog saya. Terima kasih.

http://yuseriyusoff.blogspot.com/