Enam cedera, dua daripada nya patah tulang rusuk bila sebuah bas ekspres 2 tingkat terbabas di KM363, Jln Raub-Bentong, awal pagi ini.
Ini adalah kemalangan kedua yang melibatkan bas 2 tingkat dalam masa seminggu. Yang peliknya walaupun kemalangan yang lalu amat tragis, namun tiada tindakan tegas dari Menteri Pengangkutan mengenai penggunaaan bas 2 tingkat ini.
Warisan melihat penggunaan bas 2 tingkat tidak sesuai dinegara ini kerana jalan yang berbukit bukau. Berpuluh-puluh nyawa telah terkorban dalam pelbagai kemalangan yang melibatkan bas 2 tingkat, sejak ia diperkenalkan lebih 2 tahun lalu.
Sewajarnya menteri Pengangkutan lebih peka terhadap masalah rakyat apatah lagi berpuluh nyawa telah terbang kerana nya.
1 comment:
Sukatan pelajaran bagi Sains Am Tingkatan 4 1960an mengenai (Load and effort). Begitulah apabila beban/load dipindahkan keatas maka tenaga menolak kesamping adalah menjadi bertambah.
Begitulah halnya dengan keadaan muatan bas. Bila pessanger dialih keparas lebih tinggi seperti dalam kes bas 2 tingkat tu maka tenaga menolak badan bas itu kesamping menjadi bertambah. Mudah jer nak faham bagaimana ia menjadi lebih merbahaya pada jalan berselekoh.
Ertinya anak anak tingkatan 4 tahun l960an pun boleh menghurai ia secara saintiffik. Para jurutera kini ada hijah lain ke ?? Tetapi sebarang apa pun hujahnya; semua itu adalah hijah yang gagal. Tak boleh terima ka ??
Post a Comment