Thursday, December 30

Kuda Anwar Tewas


Sebanyak 500,000 anggota Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menghantar petanda yang jelas bahawa mereka tidak mahu pertubuhan itu dianggotai oleh ahli politik dengan memilih ahli jawatankuasa yang tidak terbabit dengan politik, Mohd Khalid Atan sebagai presiden barunya.

Khalid dari Kesatuan Pekerja Perkayuan menewaskan Syed Shahir Syed Mahmoud, anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang menerajui MTUC sejak enam tahun lepas.

Rakan pertandingan Syed Shahir untuk jawatan Setiausaha Agung, Abdullah Sani Abdul Halim, yang juga Anggota Parlimen Kuala Langat daripada PKR juga tewas kepada rakan pertandingan Khalid, Abdul Halim Mansor dari Kesatuan Industri Petroluem dan Kimia.

Abdul Halim, timbalan setiausaha agung selama dua penggal telah dipimpin oleh ahli kesatuan yang dihormati setiausaha agung G. Rajasegaran yang telah bersara daripada pergerakan itu selepas hampir 40 tahun memberikan khidmatnya dengan cemerlang.

Sumber-sumber MTUC berkata pasukan Khalid-Abdul Halim agak menggerunkan dan inklusif dan akan membantu untuk menyatukan pergerakan itu dan meletakkan kongres itu di tempat asalnya sebagai "juara pekerja sebenar di negara ini," kata Khalid memberitahu Bernama.

Katanya tugas pertamanya adalah untuk menyatupadukan pertubuhan dan bekerja ke arah mencapai manfaat untuk pekerja.

Beliau merasakan bahawa pertubuhan itu sekian lama dilihat sebagai anti-kerajaan dan berazam untuk mengubah perspektif dan bekerja untuk kebaikan pekerja dan negara.

Ini adalah kali pertama dalam masa hampir 30 tahun, ahli politik ditolak oleh anggota MTUC.

1 comment:

beribesaq said...

Abdul Halim Mansor wakil NUPCIW,,,mungkin