Friday, December 24

Merdeka Survey - Snap Election Selangor


warisan sangat lah bersetuju dengan pandangan sahabat blogger GAP yang kata Selangor akan ada snap election dalam masa yang terdekat.

apa tidak nya, pakatan akan hapuskan semua TOL di Selangor, pakatan akan bagi elektrik percuma, pakatan akan bagi sekolah percuma, pakatan akan bagi masuk Universiti percuma, pakatan akan bagi kereta percuma, pakatan akan bagi imbuhan kepada cikgu rm500, imbuhan kepada doktor rm5000, imbuhan kepada jururawat rm900, imbukan kepada polis rm1000, imbuhan kepada tentera rm700, imbuhan kepada bomba rm600.

pakatan juga akan bagi penang bebas untuk join Singapura, pakatan juga akan bagi autonomi kepada sabah dan Sarawak, pakatan juga akan bagi EPF free kepada semua suri rumah tangga, pakatan juga akan bagi cuti 12 bulan kepada ibu yang melahirkan anak, pakatan juga akan bagi rawatan hospital percuma.

napa ? taka caye ke ? buktinya pakatan telah laksanakan semua perkara dalam manifestonya untuk PRU 12 yang lalu ! itu sebabnya di Selangor sekarang maju, ya maju dengan banyaknya rumah urut, maju dengan kolam besar berlubang bila pasir telah dibalun, maju dengan FD negeri yang semakin langsai, maju dengan jalan banyak berlubang-lubang, maju dengan sampah sarap yang tidak diangkut.

apamacam BN boleh lawan ke ?

2 comments:

Anonymous said...

bro! satu lagi...GRO rumah urut ada free ke?

Blog K.A.M.I..... said...

ini namanya merapu tahap cipanz....dengkilah tuh..