Siapa sebenarnya yang zalim ? 4 ekor beruk yang di gantung semalam cuma digantung selama 6 bulan. Elaun dan gaji mereka tidak digantung. Mereka makan gaji buta selama 6 bulan.
Cumanya oleh kerana attitude mereka macam monyet maka mereka digantung selama 6 bulan saja tau. Gaji jalan, boleh main telor kat umah.
Jangan lupa kezaliman yang sebenar pernah berlaku pada May 20 2010 tahun ini:
Ketua Pembangkang Selangor Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo digantung menghadiri Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) dan kemudahan elaun sebagai Ahli DUN selama setahun selepas didapati bersalah menghina Dewan.Warisan nak pesan kat beruk-beruk, jangan lah nak terus memperbodah akal fikir manusia.
Jawatankuasa Hak dan Kebebasan (JKHK) Negeri Selangor juga mendapati bekas Menteri Besar itu bersalah kerana gagal hadir pada sesi pendengaran awam Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (SELCAT) Mac lepas.
Selain Dr Khir, empat lagi ADUN Barisan Nasional (BN), Datuk Marsum Paing (Dengkil), Mohd Isa Abu Kasim (Batang Kali), Datuk Warno Dogol (Sabak) dan Datuk Mohamed Idris Abu Bakar (Hulu Bernam) didapati bersalah menghina Dewan.
Selepas mesyuarat JKHK di sini hari ini, Pengerusinya Teng Chang Khim, yang juga Speaker DUN, berkata empat ADUN itu masing-masing digantung perkhidmatan dan kemudahan elaun mereka selama enam bulan.
Selain kesalahan tidak menghadiri sesi pendengaran awam itu, Dr Khir juga didapati bersalah atas tiga lagi tuduhan iaitu mengeluarkan kenyataan dalam blog dan akhbar, mengutuk integriti jawatankuasa SELCAT dan menuduh SELCAT sebagai alat politik untuk memburukkan dirinya.
Teng berkata Dr Khir, ADUN Sungai Panjang itu, juga dikenakan hukuman gantung perkhidmatan dan elaun ahli DUN selama enam bulan bagi setiap daripada tiga pertuduhan itu.
Sumber - BERNAMA
1 comment:
Bro,
Orang atau puak yang zalim tak pernah rasakan diri mereka zalim walaupun didedahkan bahawa mereka itu zalim.
Gerombolan Pakatan Pembangkang memang puak yang amat zalim dalam senario politik negara kita kerana mereka tidak ada batas sempadan untuk mengalahkan pihak lawan.
Hanya rakyat yang berfikiran matang dan berpandangan jauh sahaja yang dapat mengajar mereka ini.
Semoga sejarah berpolitik di negara kita akan bertambah matang.
Post a Comment