Kerajaan negeri terpaksa membelanjakan RM11 juta sebulan kerana menunaikan janji air percuma. Disebut dalam Selangorkini (portal milik kerajaan negeri), kerajaan negeri ‘kehilangan RM11 juta sebulan’ kerana memberi air percuma kepada rakyat.
Dan pemberian air percuma ini mesti ditulis dalam bil pelanggan yang ditanggung oleh kerajaan negeri sebanyak RM11.40 sedangkan kerajaan pusat tidak buat begitu ketika memberi subsidi beras, gula, minyak dan sebagainya.
Pemberian air percuma pula merangkumi semua rakyat Selangor tanpa mengira golongan kaya atau miskin. Jadi golongan yang kaya yang ada rumah mewah, rumah banglo, kolam renang pun dapat air percuma. Golongan sederhana kaya pun dapat air percuma. Golongan miskin pun dapat.
Golongan yang dapat itu hanyalah yang memiliki meter individu sahaja. Mereka yang tidak guna meter individu, contohnya rumah pangsa kos rendah, rata-rata mereka golongan mereka berpendapatan rendah yang menggunakan meter pukal tidak dapat menikmati sepenuhnya pemberian subsidi air ini jika dibandingkan dengan yang memiliki meter sendiri.
Bayangkan subsidi Rm11.40 untuk 400 unit rumah pangsa kos rendah, sedangkan golongan yang kaya juga mendapat subsidi RM11.40 untuk sebuah banglo mereka. Jadi berlaku ketidakadilan.
Kemudian ada golongan miskin di kampung, golongan miskin di bandar, setinggan dan sebagainya, kebanyakan anak mereka ramai, jadi untuk mereka menggunakan air di bawah 20 meter padu ini agak mustahil. Kebanyakan mereka guna lebih daripada 20 meter padu, sampai 40 meter dan sebagainya. Jadi mereka hanya menikmati subsidi RM11.40 sen, yang selebihnya mereka tetap kena bayar sendiri.
Bila yang super KAYA dapat, yang KAYA dapat, yang MIDDLE CLASS dapat, yang low MIDDLE CLASS dapat, yang MISKIN dapat, yang FAKIR dapat - maknanya ini permainan falsafah KOMUNIS. Hasilnya adalah yang kaya bertambah kaya, yang miskin akan terus miskin, ADIL kah itu namanya ? Yang guna Harrier akan terus guna Harrier yang lebih besar, yang pakai kapchai terus pakai kapchai !
Dalam Islam, yang kaya patut bantu yang miskin, sebab itu yang kaya wajib keluarkan ZAKAT untuk di agih-agihkan kepada yang miskin. Yang kaya juga digalakkan untuk bersedekah kepada yang miskin.
Namun, islam mengingatkan ' tangan yang diatas lebih mulia dari tangan yang dibawah'. Adakah kerajaan Selangor sebenarnya nak beritahu bahwa semua rakyat Selangor adalah golongan paria, sehingga semuanya HARUS diberikan SUBSIDI air.
No comments:
Post a Comment