Urusan Air mula diswastakan pada tahun 1996 dimulai dengan loji-loji rawatan. Dari segi edaran, Jabatan Air Selangor telah diperbadankan menjadi Perbadanan Urus Air Selangor (PUAS). Tapi masih berhadapan dengan masalah-masalah asas, PUAS berhutang sebanyak 4.2 bilion dengan syarikat-syarikat pembekal air seperti Puncak Niaga, SYABAS Konsortium dan Syarikat Pengeluar Air Selangor Berhad (SPLASH).
Hutang ini melibatkan lebih 2 bilion, kemudian ditambah pula dengan hutang-hutang yang tidak dapat dijelaskan kepada kontraktor-kontraktor. Kontraktor ini bekerja setiap hari di mana ada paip pecah di situ lah mereka bekerja. Ini sahaja menelan kos lebih kurang RM500 juta.
Kemudian, hutang Kerajaan Negeri Selangor masih berhutang dengan Kerajaan Persekutuan sebanyak RM700 juta kerana hendak menyelamatkan PUAS ketika itu.
Disebabkan masalah-masalah ini, SYABAS ditawarkan untuk mengambil alih tadbir urus air di Selangor melalui penswastaan.
Sebagai anak Selangor yang rasa bertanggungjawab untuk memberikan perkhidmatan yang baik, memulihkan industri bekalan air Selangor, YBhg Tan Sri Razali sanggup mengambil tanggungjawab tersebut.
Seolah-olah, mengambil alih sebuah banglo yang buruk, lama dan usang, sedangkan banglo tersebut mempunyai hutang yang banyak di bank.
Setelah diambil alih, SYABAS strukturkan semula sistem penyelesaian masalah hutang tersebut. Kemudian dibaiki menjadi lebih elok dan akhirnya, banglo itu menjadi cantik.
No comments:
Post a Comment