Wednesday, December 22

Wikileaks bongkar - Anwar Raja Jubur dan Raja Spin

Isu APCO : Anwar Putar Belit, Kata Ada Bukti Tapi Tak Pernah Kemukakan

"Dia (Anwar Ibrahim) cakap dia ada bukti dokumen mengenai dakwaannya, dan kami minta dia buktikan, tapi dia tidak pernah kemukakan bukti," demikian penjelasan Anggota Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen, Datuk Razali Ibrahim

Jelas beliau lagi Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen telah beri ruang yang luas kepada beliau Anwar namun malangnya Anwar tidak mengambil peluang tersebut sebaliknya membuat pelbagai dalih.

Razali yang juga Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia seterusnya mendedahkan Anwar telah diberikan tempoh dua hari semasa sesi persidangan Dewan Rakyat minggu lepas untuk membela diri tetapi tidak mengambil peluang itu dan bertindak seolah-olah mahu melengah-lengah keputusan mengenai kes itu.

Pada 16 Dis lalu Anwar, yang juga Anggota Parlimen Permatang Pauh, digantung daripada menghadiri persidangan Dewan Rakyat selama enam bulan kerana memberi keterangan tidak benar kepada Dewan kerana mengaitkan konsep 1Malaysia dengan One Israel.

Keputusan untuk menggantung Anwar seperti yang disyorkan oleh Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen itu, diluluskan oleh Dewan Rakyat tanpa sebarang perbahasan, dan ini telah mencetuskan kekecohan dalam Dewan apabila kesemua anggota Parlimen pembangkang bertindak keluar.

Razali berkata Anwar sepatutnya mengambil peluang itu dengan mengemukakan bukti untuk menyokong dakwaannya itu kerana beliau memang mempunyai hak untuk berbuat demikian.

Katanya APCO Worldwide telah menghantar sepucuk surat kepada jawatankuasa itu bagi menafikan penglibatan syarikat itu dalam membantu kerajaan Malaysia membuat dasar, sebaliknya ia bertindak  membantu meningkatkan perkhidmatan berkaitan komunikasi.

2 comments:

C L J said...

Sebagai seorang pemimpin Anwar sepatutnya membantu untuk membawa rakyat jelata supaya lebih memahami setiap sesuatu; tetapi sebaliknya dia sengaja merancang putarbelit sehingga rakyat jelata menjadi bertambah keliru. Pengkhianat dah kalau begitu. MOKHTAR ...

Anak Lenggong said...

Kalau benar seperti dikata oleh nuar kenapa takut untuk memberikan kebenaran dakwaan nya sedangkan ketua peguam beliau si Karpal singh dan sivarasa merupakan salah saorang daripada jawatankuasa yang dilantik bagi kes ini....hakikat sebenarnya memang nuar brahi ni penipu besar...dia takde bukti kebenaran dakwaan nya dan merangcang untuk membuat kecuh didalam parlimen..itu shaja niat nya untuk mengabui penyokong pas dan pkr yang sedia bangangg