Friday, January 28

Cikgu Pas aibkan profession perguruan !

Suami calon Pas Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, Cikgu Maarof Abd Mutalib disifatkan sebagai seorang guru yang tidak beramanah selain melakukan dosa kerana sanggup menipu pelbagai pihak berhubung tindakannya yang mengambil sijil cuti sakit selama tempoh berkempen pilihan raya berkenaan.

Timbalan Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN), Datuk Razali Ibrahim berkata sebagai seorang Islam, beliau patut tahu dan sedara bahawa  makan gaji secara yang tidak halal adalah satu perbuatan yang tidak baik.

Menurut beliau mereka yang mengambil sijil cuti sakit itu adalah mereka yang tidak sihat, namun apa yang berlaku terhadap suami calon Pas, Normala Sudirman menimbulkan pelbagai persoalan kerana beliau boleh mengiringi isterinya berkempen di sekitar DUN Tenang.

"Cuti sakit maknanya gaji jalan tetapi dia tidak buat kerja. Maknanya tidak amanah. Sebagai orang Islam dia patut tahu ianya berdosa. Ambil gaji secara tidak betul.Kalau kita kata rasuah itu kita perangi,  saya nak tanya ini apa bentuk dia. Makan gaji dalam keadaan dia menipu.

"Saya berpendirian terbuka. Kalau dia mahu bantu isterinya berkempen, ambillah cuti tanpa gaji atau tanpa rekod. Tidak ada masalah. Lepas itu banyak cerita lain yang kita boleh fikirkan seperti seorang cikgu yang secara terbuka berpendirian menyokong pembangkang dan sebagainya.

"Pada saya penipuan ini jelas. Penipuan ini bukan kita buat dan reka. Pengundi boleh boleh buat pertimbangan sewajarnya. Secara terbuka depan mata pun dia tipu yang belakang lagi kita tidak tahu. Kita tidak mahu tuduh macam-macam," katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan  suami calon Pas,  Maarof Abd Mutalib  yang dilaporkan mengambil cuti sakit selama 21 hari  menimbulkan pelbagai persoalan.

Razali yang juga Naib Ketua Pemuda UMNO seterusnya  menjelaskan jika di depan mata orang itu sanggup menipu, bagaimana pula yang dibelakang tabir dan sebagainya.

4 comments:

hangkedee said...

cik gu makan gaji buta?

Cikgu Di said...

Salam persaudaraan buat tuan..
Profession perguruan adalah satu kerjaya yang mulia. Malah bila diiktiraf sebagai guru maka tentunya satu status yang tinggi yang perlu di jaga bukan saja dalam bentuk kerjaya malah sebagai rol model masyarakat dan juga pelajar disekolah.

Bagi masyarakat dahulu sememangnya guru disanjung dan dihormati malah dipandang satu bidang kerjaya yang mulia biarpun ganjaran yang diterima tak sebarapa. Tapi hari ini sudah berbeza. Taraf guru bukan lagi setakat diploma malah ada yang berijazah dan degree. Namum apa yang perlu kita renungi bersama adalah peranan guru tersebut sebagai tenaga pengajar adakah terlaksana dengan baik ?

Sebagai seorang guru tentu saja kita akan terasa bila dikatakan menggunakan masa persekolahan untuk "part time" berniaga atau urusan-urusan lain. Gunakanlah masa luar persekolahan atau dapatkan cuti khas yang sememangnya boleh dipohonkan seperti catatan penulis blog jika perlu masa yang lebih lama untuk berurusan.

Menggunakan taklik sijil sakit untuk tujuan lain bukanlah alasan terbaik untuk seorang guru untuk mendapat "lesen cuti panjang" untuk berurusan diluar bidang profession perguruan. Seharusnya ini tidak terjadi jika seseorang itu benar-benar faham tentang etika perguruan apatah lagi jika guru tersebut tidak sakit.

Apa pun diharapkan pandangan masyarakat tidak akan tersasar jauh berhubung profession perguruan bila timbul perkara seperti ini. Jika terdapat satu dua guru yang berbuat demikian tentunya ini adalah masalah peribadi yang perlu diselesaikan oleh JPN dan hendaknya kita sebagai guru sentiasa menjaga baik profession perguruan dari tercalar dek tanggapan negatif masyarakat disebabkan terdedahnya perkara yang sedimikian.....walahaualam

Anonymous said...

Benar artikel tuan ini. Disekolah saya, cikgu yang menjadi penyokong tegar PAS adalah cikgu yang selalu ponteng mengajar dan menjual ubat kuat.

Cakapnya berdegar-degar tetapi bila kena datang petang untuk aktiviti ko-kurikulum, batang hidung pung x nampak.

Membangkang pihak pentadbir jangan cakaplah.. semuanya betul dan salah tetapi diri sendiri banyak yang tiada amanah.

Mohd said...

SPRM dan polis patut siasat perkara ini.
Kecualilah jika SPRM Johor macam SPRM Kelantan dikuasai oleh orang2 PAS sampai Ariffahmi pun boleh lepas!