Monday, January 17

Gempar - anwar kena deman denggi berdarah !


Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal Singh hari ini menggesa peguam yang mewakili Ummi Hafilda Ali agar terlebih dahulu memahami dan meneliti peruntukan undang-undang sebelum memfailkan saman terhadapnya.

Katanya, ini kerana berdasarkan peruntukan undang-undang, seseorang yang ingin menyaman mana-mana pihak atas sebarang sebab sebenarnya diberi tempoh tidak lebih dari enam tahun.

"Apabila sesuatu kes itu telah melampui enam tahun... hadnya enam tahun dan mahkamah boleh menolak tanpa mendengarnya... dan dalam kes Ummi Hafilda ini, dia hendak menyaman perkara yang telah berlaku selama lebih 13 tahun lepas dan saya nasihatkan peguamnya supaya memahami dan meneliti undang-undang dengan baik,” kata peguam kanan itu hari ini.

sumber - bernama

Nampaknya Karpal tidak menafikan apa yang sebenarnya berlaku. Dia cuba menguna dalih "time barred". Jadi betul lah ia berlaku seperti mana yang dihujahkan oleh Ummi Hafilda yer !

Pada firasat warisan, Karpal lupa yang "time barred" itu akan boleh dihidupkan semula jikalau ada " new cause of action".

Apa sebenarnya yang dihujahkan oleh Ummi Hafilda? Ummi menyebut mengenai hubungan intim dan luar batasan antara kakak iparnya Shamsidar (isteri azmin) dengan anwar. Soalnya dapatkah Ummi membawa bukti baru sebagai " new cause of action"?

Apakah bukti baru itu ? Khabarnya ia ada kaitan dengan DNA?

DNA siapa dan anak siapa? Semakin jelas sekarang !

Ada yang kata, ia sekadar nyamuk. Tapi dia lupa demam denggi berdarah itu lebih bahaya dari AIDS. Denggi bermula dengan seekor nyamuk yang namanya aedes!

No comments: